POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label Do and Dont. Show all posts
Showing posts with label Do and Dont. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Kisah Sebenar Orang Berhutang 3

Sambungan dari Kisah Sebenar Orang Berhutang 2 - Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit.
Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi.
Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung dan dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang.
Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya.
Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula. Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000.
Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta.
Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. "Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar.
Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja."
Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit.... Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit.
Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak.
Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan daripada bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak.
Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit.
Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan.
Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman.
Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman.
Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak.
"Abang, susu Aiman sudah habis." Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. "Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!" Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42.
Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. "Ah, lega... kad kredit diterima" katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit. Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi.
Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. "Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?" tegur Balqis. "Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini."
"Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan," hatinya berbicara. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
"Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah. Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama.
Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan.
Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar.
Dia merasa takut apabila dilanda musibah kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum.
Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya.
Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan.
Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu.
Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.
Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah.
Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu.
Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Dia berasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar-akbar tempatan.

Notis Bangkrap

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO:XX-XXXX-XXXX BER: SI POLAN BIN SI POLAN (NO. K/P:XXXXXX-XX- XXXX).. Penghutang EX-PARTE: XYZ BANK BERHAD...
Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000. Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, "Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi.
Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang.
Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai." "Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah.
Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun."
Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul. Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. "Roh seorang Muslim..."
"Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat."
Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang Sinopsis Kewangan Kamarul (Melalui 4 Fasa):

01. Fasa 1
sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

02. Fasa 2
Kais bulan makan bulan. Selepas dua tahun, akhirnya Kamarul diibaratkan 'kais bulan makan sebulan'. Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpan telah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.

03. Fasa 3
Kais bulan makan setengah bulan. Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinya digunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari. Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akan sampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuran hutangnya tertunggak 2 bulan.

04. Fasa 4
Kais bulan boleh makan seminggu. Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya.

Kisah Sebenar Orang Berhutang 2

Sambungan dari Kisah Sebenar Orang Berhutang 1 - Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.
Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua.
Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur.
Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu. Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya.
Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram.
"Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi." Kamarul memberitahu isteri kesayangannya. "Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?" tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, "Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur. "
"Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang." Balqis meminta. "Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil." Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah.
Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit.
Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, "Kamarul, engkau sudah buka e-mel?", tanya si Man. "Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?". Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. "Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan." Muka Kamarul berubah berseri-seri . "Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita."
Tips: Tengok baki yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu. Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum.
Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.
Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran.
Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Daripada lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan. Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900.
Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70. Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya.
Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan. Terdetik juga di hatinya, "Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?" Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000.
Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.
Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang.
Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru.
Dengan 'Skim Bayaran Mudah', Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun. Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis.
Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit.
Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya. Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc.
Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).
Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan.

Kisah Sebenar Orang Berhutang 1

Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. "Kamarul, esok result keluar. Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah." Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi.
Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.
"Alhamdulillah, aku lulus." Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500.
Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun.
Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai. Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem.
Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. "Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan). " Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu.
Tips: Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku.
Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya. Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat.
Harga kereta : RM 53,000 Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan) Ansuran : RM 624 Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya.
Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain.
Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.
Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 - 9%. Kini gajinya RM 2,750. "Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini." Hatinya benar-benar puas. Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666.
Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. "Alhamdulillah, pinjaman aku lulus." Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana.
Tips: Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, kirakan dengan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
Bersambung dalam artikel Kisah Sebenar Orang Berhutang 2

Saturday, October 16, 2010

Mengapa Harus Bersedih?

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 

Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?  Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
sumber dari - iluvislam

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. 
Sumber dari- www.iluvislam.com

Wednesday, October 6, 2010

KASIH SAYANG BIARLAH BERPADA

KASIH 
SAYANG BIARLAH BERPADA

SAYANG
– ungkapan yang sering dikaitkan dengan jiwa dan perasaan. Sayang
lahir dari dalam jiwa. Dari satu rasa yang membenih di ruang hati.
Kita sering menyayangi insan2 terdekat kita – ibu bapa, adik
beradik  malah insan yang hadir dalam kehidupan kita saat mula kenal
dunia. Sayang tak mengenal usia, juga pangkat & harta.

Sayang
menuntut satu rasa yang amat dalam. Juga pengorbanan yang amat besar.
Bila kita sudah mula sayangkan seseorang, apa sebenarnya yang kita
rasa? Orang kata saying boleh mengubah dunia…ingat tak peristiwa di
sebalik Taj Mahal? Betapa kasihnya Shah Jehan kepada Mumtaz walau
isterinya itu sudah tiada lagi di dunia. Itulah manusia, sering
melakukan perkara yang tak diduga. Hakikatnya yang perlu kita
renungi, cinta tak memerlukan sandaran material untuk
membuktikannya.
Tapi berlainan dengan reality dunia hari ini. Tak
kira lelaki @ perempuan, semuanya menuntut harta & wang ringgit
sebagai balasan kasih saying.

Sayang
sepatutnya lahir dari hati yang suci. Yang ikhlas dan tidak mengharap
balasan apa2
selain daripada sayang juga. Itu fitrah manusia,
bila mula menyayangi seseorang sering mengharap agar orang yang
disayangi memberikan kasih yang sama. Tapi cinta sebegitu sudah tidak
laku. Kasih saying zaman millennium ini semakin sukar bila ia sering
menuntut pengorbanan yang amat berat & besar. Seseorang yang amat
mengharapkan sayangnya dibalas, sanggup melakukan apa sahaja demi
orang yang dicinta.

Seringkali
bila kita sudah menyayangi seseorang, kita memberikan sepenuh kasih
sayang padanya. Kerana sayang sepenuh hati itulah sebenarnya yang
menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja. Seandainya kasih
sayang berbalas, tapi bagaimana andai hanya bertepuk sebelah tangan?
Pasti hati remuk redam, sedih berpanjangan & mengundang cerita
yang tak berkesudahan. Lebih perit bila ia bakal membiak sebuah
dendam. Ada orang boleh jadi gila kerana cinta, ada yang sanggup mati
& pasti ada yang sanggup membunuh!

Kesilapan
manusia – memberi kasih dan sayang mereka sepenuh hati. Mereka
tidak tinggalkan walau secebis rasa kasih pada diri sendiri.
Segala2nya dicurah pada insan tersayang. Inilah yang menyebabkan
mereka jadi alpa. Bila kasih tidak dibalas, baginya sudah tiada apa2
lagi yang boleh diharap di dunia ini.

Sepatutnya
sayang itu berpada2. Simpanlah satu pertiga kasih sayangmu untuk diri
sendiri. Jangan sekali2 melupakan insan2 yang membesarkan kita, yang
melahirkan dengan penuh kesakitan. Yang berpenat jerih membanting
tulang empat kerat untuk melihat kita berjaya. Untuk insan2 yang
sering bersama2 dengan kita tatkala kita membesar. Pada sahabat2
yang tak pernah hilang dari hidup kita tak kira ketika kita kaya @
papa.

Andai
benar2 dirimu menyayangi seseorang setulus hatimu, berikan satu
pertiga itu untuknya. Sayangi dia dengan ruang satu pertiga itu.
Jangan berikan sepenuh hati kerana takut nanti, andai dirimu terluka,
kau akan benci pada dirimu dan juga orang lain. Pada dirimu kau
anggap sudah hilang segala kemanisan hidup. Hanya kecewa yang tinggal
& yang itulah sebenarnya yang boleh membinasakan hidupmu.

Tapi
rasa kasih sebenarnya tak mampu diukur walau dengan bentuk apa pun.
Ia unsur spiritual yang tak boleh kita zahirkan untuk dibagi2kan.
Dalam kita menyayangi orang lain, kita sepatutnya melebihkan rasa
kasih itu pada diri sendiri. Sayang pada diri itu penting kerana ia
akan bawa kita sampai ke mati. Sayang pada diri sendiri juga menuntut
pengorbanan yang besar andai kita berada pada golongan yang berfikir.
Andai kita berada pada jalan yang betul & benar, pengorbanan
untuk diri sendiri pasti melebihi segala2nya.

Menyayangi
diri akan mengelakkan kita terjebak dalam perkara yang tidak
sepatutnya. Dunia hari ini yang penuh dengan agenda barat yang ingin
merosakkan anak bangsa. Kea rah manakah yang ingin kita pilih?
Kebanyakan manusia masih lena, kebanyakan orang masih
nyenyak…Malaysia sudah merdeka tapi tanpa sedar kita dijajah lagi.
Kita dijajah secara senyap melalui hiburan yang melekakan, pakaian
yang menyesakkan mata dsb. Tanpa sedar sekali lagi kita dipergunakan.
Sayangkah kita pada diri andai ini terjadi?

Kita
masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Cuba ambil selembar
kertas putih, catatkan apa yang kita lakukan dalam sehari yang
menjamin kita akan sampai ke ‘sana’ dengan selamat. Bagi yang
leka, yang masih lali, yang tidak sayang diri; kertas itu masih
putih. Tidak ada apa yang mampu dicatat. Bagi seseorang yang solatnya
cukup, puasa tak pernah ponteng, selalu mengaji; bolehkah semua itu
sebagai jaminan?

Pernahkah
kita merasa sayang pada Pencipta? Mengapa rasa sayang begitu sukar
dizahirkan walaupun itulah sebenarnya yang perlu kita utamakan. Kita
ingin ke ‘sana’, ingin menikmati Syurga abadi, tapi siapa kita
ini untuk merasa nikmat-Nya?
Sayang
pada manusia yang pasti mati itu berlebih2an, sayang pada Pencipta
tak pernah terlintas, kn?

Kasih
sayang manusia walau sebesar mana pun, takkan ke mana. Mungkin kita
hanya sempat merasa nikmat dunia. Tapi sedarlah, nikmat dunia hanya
sementara. Sayang manusia terbatas; ada masa dia sudah bosan, kita
akan dilupakan.
Cubalah renungi diri sendiri. Catatan ini menjadi
panduan hidup saya yang masih banyak kelemahan_masih sedang
belajar_harapnya boleh jadi panduan buat semua. 

sumber dari : nur-farizan

Tuesday, September 28, 2010

Sebelum dan Selepas: Cinta, Kasih, Sayang &Hati

CINTA : 
 (sebelum kahwin) 
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : 
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa
H = hidup mati sama je.

SAYANG :

(sebelum kahwin) 
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
 S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : 

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg sePATUTnya ialah... 

C-  Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-  Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-  Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-  Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-  Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-  Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-  Akad dilafaz cinta berbunga
S-  Suami disanjung-tinggi
 I-  Isteri disayangi
H-  Harumlah kasih sepanjang zaman

S-  Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-  Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-  Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-  Amalkan hidup bertoleransi
N-  Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-  Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-  Hati suami mesti dijaga
A-  Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-  Tanggung-jawab dipikul bersama
I-  Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

KOD LEMAK BABI


Assalamualaikum  wahai saudara-saudara ku...
Di sini sekali lagi saya upload senarai kod lemak khinzir yg sering digunakan dalam makanan.. Sila print and bawak ketika membeli belah dan gunakan sebagai panduan untuk lihat kandungan makanan yg di beli supaya kita terhindar drp memakan makanan ini..

Monday, September 27, 2010

The Millionaire's Retirement Plan


Jika anda baru saja memasuki dunia kerja, bersara mungkin tampaknya seperti seumur hidup jauh. Satu juta dolar dengan bersara? Itulah mimpi orang lain, kan? Tidak harus. Ini adalah rancangan bersara miliuner. Untuk perhitungan ini, menganggap pulangan tahunan rata-rata 8%, disesuaikan dengan inflasi sebanyak 3% - sebuah anggaran yang wajar dari imbal hasil dari pasaran rata-rata.

Umur 25: Sebuah Awal yang Baik
Kau 25 dan mendarat yang pekerjaan pertama di tangga kerjaya anda - selamat! Sebelum anda memulakan hidup dengan standard gaji yang baru anda tabungan anggaran, bersara anda. Jika anda mempunyai 401 (k) rencana yang berpadanan dengan sumbangan anda, gunakan! Dolar ini sesuai seperti jaminan pulangan atas pelaburan. Jika anda tidak mempunyai 401 pencocokan (k), mencari reksa dana melalui syarikat pelaburan dengan kos rendah, banyak sekarang menawarkan target dana yang memperuntukkan risiko pelaburan anda dengan tahun bersara yang disasarkan dalam fikiran - yang besar bagi seorang pelabur awal .
Pilih Roth IRA jika anda boleh, anda tidak boleh memotong sumbangan anda dari cukai anda, tetapi anda akan menikmati pengeluaran cukai percuma di 65. Rancangkan untuk bermula dengan menjimatkan sekitar $ 200 per bulan untuk mencapai matlamat jutawan anda, peningkatan jumlah ini bulanan dengan $ 10 setiap tahun sebagai anda mendapatkan kenaikan gaji atau promosi hanya akan mempercepatkan tabungan anda.
Umur 35: Rolling Seiring
Sekarang anda telah menyimpan sekitar $ 45.000 dan anda sudah dewasa dalam kerjaya anda dengan gaji yang lebih besar, tetapi sering, komitmen keluarga seperti anak-anak dan hipotek akan tampak lebih mendesak dari tabungan selama bertahun-tahun emas anda. Jangan membuat kesalahan dengan melambatkan tabungan pensiun anda. Sekarang, anda perlu jalan Facebook sumbangan anda untuk sekitar $ 400 per bulan - ingat bahawa pencocokan 401 (k) akan membantu anda dalam mencapai jumlah ini.
Jika anda mempunyai anak-anak dan bimbang tentang menabung untuk kuliah mereka, melihat cara ini: cara terbaik untuk membantu mereka di masa depan adalah dengan memastikan anda kewangan suara di bersara. Membuat menabung untuk bersara keutamaan.
Umur 45: Holding Steady
Kau pertengahan kerjaya, dan hal-hal yang terlihat baik dalam portfolio bersara anda. tabungan anda telah berkembang menjadi sekitar $ 160.000 - tidak jelek, tetapi masih tidak cukup masa untuk melambatkan. Meningkatkan sumbangan bersara anda untuk sekitar $ 450 per bulan atau lebih, dan anda akan bergulir jalan untuk status jutawan dengan 65.
Umur 55: Dekat dengan Finish Line
Pada usia 55, portfolio bersara anda harus berada di $ 400,000 atau lebih. Anda boleh mula melihat garis finish, tapi mulai bertanya-tanya mengenai risiko. Jika anda telah melabur dalam dana target, portfolio anda telah menyesuaikan peruntukan untuk anda, jika tidak, lihatlah menyesuaikan beberapa pelaburan anda untuk mencerminkan toleransi risiko yang rendah. Dan ingat: pendapatan anda, katakanlah, umur 70 tidak akan dicabut selama 15 tahun - banyak masa untuk naik turun naik pasaran.
Pada usia 55, berharap untuk benar-benar menaikkan yuran bersara anda, untuk sekitar $ 600 per bulan, dan banyak lagi jika anda boleh mengelolanya. Semakin banyak yang anda simpan, semakin cepat anda boleh meninggalkan sembilan-ke-lima belakang.
Umur 65: Pengurusan Aset Prudent
Anda berada di garis finish: seorang jutawan di 65! Kerana anda tidak mempunyai cara untuk menambah tabungan anda sekarang bahawa anda keluar dari tempat kerja, pengurusan aset bijaksana sangat penting. Simpan menutup mata pada portfolio anda sehingga anda boleh membuat sarang telur kali terakhir anda. Melindungi diri terhadap inflasi dan risiko pasaran, dan anda akan menikmati tahun emas anda tanpa bimbang kewangan.
The Bottom Line
Dengan tabungan yang mantap dan kebiasaan kewangan yang cerdas, anda boleh bersara jutawan - mungkin bahkan sebelum anda 65.

Monday, September 20, 2010

5 perkara teknikal yang wajib dilakukan jika anda benar-benar ingin serius berblogging

"Abang Nara saya betul-betul serius nak buat blog nie. Cuba ajar sikit apa yang saya patut buat."
Serius berblogging bukannya maksud untuk serius untuk mendapatkan wang dengan menulis blog. Jangan lupa yang duit itu akan datang kemudian dengan kualiti blog anda. Cuma kalau tiba-tiba hari ini anda terasa ingin membuat satu blog yang baru, mungkin 5 perkara dari segi teknikal di bawah ini mampu untuk membantu anda. Tepuk dada tanya selera sama ada anda benar-benar serius untuk berblogging.

1. Beli domain dot com anda sendiri
Saya lebih suka tekankan pembelian domain ini sebagai satu pelaburan jangka masa panjang. Bukan sekadar lebih mudah untuk diingati oleh readers, tetapi kesan jangka masa panjangnya ialah BRANDING nama anda sendiri. Tak salah gunakan Blogspot atau WordPress. Tapi percayalah cakap saya yang dengan menggunakan domain dot com anda sendiri, impak branding untuk blog anda itu pasti akan lebih hebat.

2. Guna nama domain yang mudah diingati, unik dan senang dieja
Nampak macam benda yang simple tapi kesannya memang sangat mendalam. Kalau nama domain anda terlalu panjang, contoh seperti “blogresipimasakanmaksaya.com” memang compem akan mudah dilupai. Tapi kalau blogresipi.com itu adalah yang terbaik. Kalau nama anda memang pendek dan menarik, tak salah gunakan nama anda sendiri untuk domain dot com.
3. Gunakan WordPress untuk blog anda
Masa anda membeli domain jangan lupa beli hosting sekali. Gunakan WordPress sebagai platform blog anda. Sekarang ini hampir kesemua hosting provider seperti DataKL yang menggunakan CPanel. Sekali dua klik sahaja blog anda akan sudah siap untuk dipublish dan dibaca. Sebab utama guna WordPress ialah kerana blog yang menggunakan platform WordPress lebih mudah diindex dan mesra SEO pakcik Google.

4, Gunakan theme WordPress yang simple, kemas dan cepat loading
Dengan kelajuan Internet di Malaysia agak lembap, sekiranya anda menggunakan theme yang agak berat (penuh dengan grafik, ada auto load lagu), berkemungkinan besar readers akan malas untuk membuka blog anda. Contoh blog yang bagus dari segi inilah Kak Kujie. Simple, kemas dan load yang sangat pantas. Ingat satu perkara yang readers datang untuk membaca entri anda. Bukan untuk melihat kecantikan blog anda. Tapi pastikan theme tersebut kemas.

5. Pasang Google Analytics di blog anda
Walaupun blog anda belum popular, pastikan Google Analytics diinstall dari hari pertama blog anda diwujudkan untuk bacaan ramai. Kalau takpun install plugin WP-Stats untuk mengenal keyword  yang menyebabkan blog anda dijumpai. Selain keyword, anda boleh tahu blog yang link entri anda, berapa lama readers melekat di blog anda dan macam-macam lagilah. Gunakan data-data ini untuk meningkatkan lagi mutu blog anda.

Sumber dari : http://abangnara.com/5-perkara-teknikal-yang-wajib-dilakukan-jika-anda-benar-benar-ingin-serius-berblogging

Betulkan NIAT sebelum BLOGGING

 

Duit atau wang sememangnya menggelapkan hati manusia. Saya percaya di dunia ini semua orang mahukan wang yang banyak. Dan rasa-rasanya kata-kata di bawah sangatlah betul dengan dunia sekarang ini:-
Wang bukan segalanya tapi segalanya perlukan wang
Oleh kerana itu jugalah saya dapat melihat ramai blogger-blogger Malaysia yang tumbuh bak cendawan. Kalau dulu 1 jam sudah cukup untuk membaca blog-blog ciptaan anak Malaysia, tapi kini 1 minggu pun mungkin tidak mencukupi. Mengapa agaknya benda ini berlaku? Adakah kerana ramai yang menyedari dengan berblog juga boleh menghasilkan wang?
Saya tak nafikan sememangnya dengan berblogging memang boleh mendatangkan duit yang banyak. Untuk situasi saya, pulangan berblogging sangatlah setimpal dengan masa yang dihabiskan. Bila cek Nuffnang datang menjenguk ke rumah, sememangnya saya akan tersenyum girang. Tak sia-sia saya habiskan masa berjam-jam sehari di depan komputer untuk update blog.
Tapi trend yang saya lihat sekarang ini ialah ketamakan blogger-blogger yang tumbuh seperti cendawan ini untuk mendapatkan wang dari blog mereka. Saya tak katakan ini benda yang salah. Cuma apabila tujuan anda berblogging ialah untuk mendapatkan wang, percayalah kata-kata saya yang anda tidak akan mendapat apa yang anda harapkan.
Kenapa saya cakap begitu? Apabila anda berblog kerana duit, maka kualiti penulisan anda akan menjadi rendah. Hari ini mungkin anda akan menulis tentang earning Nuffnang anda yang tak bertambah. Esoknya pun anda akan menulis benda yang sama. Tambah teruk bila anda mula obsess dengan earning anda. Anda hanya berfikir tentang duit, duit dan duit. Masa yang sepatutnya difikirkan untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dihabiskan dengan memikirkan satu benda yang tak pasti.
Percayalah kata-kata saya yang anda perlu fikirkan tentang duit sebagai perkara yang terakhir. Tak salah letak iklan Nuffnang, Innity dan apa-apa saja iklan di blog anda. Tapi biarkan earning itu bergerak secara automatik. Jangan terlalu memikirkan pasal duit. Fikirkan apa yang anda boleh kontribute untuk memastikan artikel anda berkualiti dan disukai ramai. Bila blog anda sudah ada loyal visitor dan artikel yang dihasilkan kesemuanya bermutu tinggi, saya berani jamin duit blogging akan datang bergolek kepada anda.
Saya  mengambil masa hampir 6 bulan untuk blog BeautifulNara dapat cashout Nuffnang yang pertama. Jadi kalau anda baru menulis blog sebulan dua, saya cadangkan anda bersabar banyak-banyak dan tumpukan kepada penulisan yang berkualiti. Jangan bazirkan masa memikirkan sesuatu yang bukan di tangan anda. Senang kata, kalau blog anda bagus, pasti akan ada yang berminat untuk mengiklan di blog anda.
Pesanan saya, betulkan niat anda berblogging. Tak salah berblogging untuk mendapatkan wang tapi pastikan itu bukan agenda utama anda. Anggaplah blogging ini sebagai satu kerja. Anda perlu berusaha keras sebelum dapat menuai hasilnya. Renung-renungkan dan selamat beramal ~~~

Sumber dari : http://abangnara.com/jangan-berblogging-hanya-kerana-wang

BUAT MERIAM BULUH SEMUDAH ABC..(tutorial)


gua menerbitkan entri ini atas dasar memajukan sistem pertahanan orang kita.

Masa era 90-an dulu perangai tak senonoh gua tak payah cerita la..Zaman kegelapan orang kata,tak ada lagi islam hadhari,tak ada lagi satu malaysia..Renaissance habis. Langsung tak ada pedoman.


Budak-budak tak pakai seluar lari merata rata.Anak muda tak habis habis bawak lari anak dara orang,makcik-makcik pulak kerja tengok cerita mexico tengah-tengah hari.Pendek kata dalam zaman kegelapan semua tak jadi kerja.


Selaras dengan kepintaran gua, pelbagai senjata moden telah gua "intro"kan bagi mengeluarkan kampung gua dari belengu kegelapan.Antara secret weapon kampung gua yang paling "pergi" adalah meriam buluh.


Kepakaran buat meriam buluh ni bukan semua orang ada,kalau suruh natasha hudson buat pun haram tak berbunyi.Kalaupun budak-budak enjineer yang buat belum tentu boleh fight dengan gua punya meriam.Benda meriam ni banyak pantang larang dia ataupun budak budak makmal panggil precautionary.


Buluh
Perkara yang paling gua "press" kat sini adalah pemilihan buluh.Buluh yang akan gua pakai bukan dari jenis buluh rebung atau buluh putu buluh mahupun putu piring. Buluh hutan jenis muda trang tang tang ataupun tua bangka juga tak berapa juara untuk digunakan.


Seeloknya pilih buluh yang sedang sedang saja.buluh tu gua nak pesan rendam dalam sungai dulu dalam sehari supaya lebih liat dan payah nak pecah. Futhermore,lakukan basement dengan memampatkan tanah liat di hulu buluh untuk hasil yang padu.
Precaution:lilit buluh dengan tiub basikal ataupun tali sampai ke pangkal bagi
mengelakkan buluh pecah dan terkena ke buah sendiri,.



Karbaid
Menatang ni takkan gua nak ajar pulak,gua pun tak tau apa nama saintifik dia tapi orang kampung gua guna nak peram buah pelam..Seingat gua dekat plastik dia ada gambar teko warna merah.Untuk setiap letusan yang kemas gua cadangkan bubuh dalam segenggam tangan budak darjah 2.
Precaution:kalau tangan basah tak payah nak gedik ramas karbaid.boleh putus nafas.



Air
Water,H2O,ataupun ataupun R.O water..sukatan dia mengikut kadar karbaid yang lu bubuh.Agak-agak gas hidrogen yang terbebas memerlukan 2 mol air,maka masukkan dua gelas,satu dalam buluh satu dalam perut.mudah kan kalkulesyen dia..
Precaution:jangan buat tektik bodoh pergi tuang air soya bandung untuk bunyi yang lebih maju.


Gua lupa nak bagitawu,jangan jadi bangang pergi cucuh meriam dari depan.Nanti muka lu jadi tak hensem satu hal,gua pulak kena tangkap ISA satu hal.Memang gua luku kepala sorang sorang.


Precaution:ni bukan indoor game,pergi main dekat tengah padang la woi..

Friday, August 27, 2010

Ketagihan Facebook - Nak bagi makan untuk 'kambing' atau suami dulu ?


"Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?" Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.

"Kejap, bang. Sayang tengah bagi 'kambing' makan ni." Jawab Aminah,sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,

"Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?" Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.

Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.

"Mama, tolong Amar buat karangan ni. " Rayu Amar kepada ibunya, Aminah malam itu.

"Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang." Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan-kawan lama dalam facebook.

Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur  atas buku tulis dengan pensel di tangan.Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.

Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak-anak muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam-jam menulis dan menjawab status kawan-kawan.

Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yangg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.

Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing-masing menghadapi facebook di tempat masing-masing. Ibu dan ayah dg laptop masing-masing di bilik. Anak-anak di bilik mereka atau di ruang tamu dan masing-masing punya laptop sendiri.Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.

Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri???

Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan-kawan masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di 'add' sebagai 'friends' dan tiada 'mutual friends' di kalangan ahli keluarga.

Ciri-ciri ketagihan facebook:

1. Tidak dapat berenggang dgn internet

2.Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.

3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,

4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline

5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv

6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.

7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.

8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.

9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.

10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.

Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman-teman lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dengan telefon. Adakalanya pada waktu-waktu kritikal facebook amat diperlukan untuk menghubungi seseorang.

Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak-anak generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan-rakan dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.

Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu.Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya,orang lain dan alam seluruhnya.

credit : blog iium

P/s : apa kata korang?.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails