POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Monday, September 20, 2010

Betulkan NIAT sebelum BLOGGING

 

Duit atau wang sememangnya menggelapkan hati manusia. Saya percaya di dunia ini semua orang mahukan wang yang banyak. Dan rasa-rasanya kata-kata di bawah sangatlah betul dengan dunia sekarang ini:-
Wang bukan segalanya tapi segalanya perlukan wang
Oleh kerana itu jugalah saya dapat melihat ramai blogger-blogger Malaysia yang tumbuh bak cendawan. Kalau dulu 1 jam sudah cukup untuk membaca blog-blog ciptaan anak Malaysia, tapi kini 1 minggu pun mungkin tidak mencukupi. Mengapa agaknya benda ini berlaku? Adakah kerana ramai yang menyedari dengan berblog juga boleh menghasilkan wang?
Saya tak nafikan sememangnya dengan berblogging memang boleh mendatangkan duit yang banyak. Untuk situasi saya, pulangan berblogging sangatlah setimpal dengan masa yang dihabiskan. Bila cek Nuffnang datang menjenguk ke rumah, sememangnya saya akan tersenyum girang. Tak sia-sia saya habiskan masa berjam-jam sehari di depan komputer untuk update blog.
Tapi trend yang saya lihat sekarang ini ialah ketamakan blogger-blogger yang tumbuh seperti cendawan ini untuk mendapatkan wang dari blog mereka. Saya tak katakan ini benda yang salah. Cuma apabila tujuan anda berblogging ialah untuk mendapatkan wang, percayalah kata-kata saya yang anda tidak akan mendapat apa yang anda harapkan.
Kenapa saya cakap begitu? Apabila anda berblog kerana duit, maka kualiti penulisan anda akan menjadi rendah. Hari ini mungkin anda akan menulis tentang earning Nuffnang anda yang tak bertambah. Esoknya pun anda akan menulis benda yang sama. Tambah teruk bila anda mula obsess dengan earning anda. Anda hanya berfikir tentang duit, duit dan duit. Masa yang sepatutnya difikirkan untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dihabiskan dengan memikirkan satu benda yang tak pasti.
Percayalah kata-kata saya yang anda perlu fikirkan tentang duit sebagai perkara yang terakhir. Tak salah letak iklan Nuffnang, Innity dan apa-apa saja iklan di blog anda. Tapi biarkan earning itu bergerak secara automatik. Jangan terlalu memikirkan pasal duit. Fikirkan apa yang anda boleh kontribute untuk memastikan artikel anda berkualiti dan disukai ramai. Bila blog anda sudah ada loyal visitor dan artikel yang dihasilkan kesemuanya bermutu tinggi, saya berani jamin duit blogging akan datang bergolek kepada anda.
Saya  mengambil masa hampir 6 bulan untuk blog BeautifulNara dapat cashout Nuffnang yang pertama. Jadi kalau anda baru menulis blog sebulan dua, saya cadangkan anda bersabar banyak-banyak dan tumpukan kepada penulisan yang berkualiti. Jangan bazirkan masa memikirkan sesuatu yang bukan di tangan anda. Senang kata, kalau blog anda bagus, pasti akan ada yang berminat untuk mengiklan di blog anda.
Pesanan saya, betulkan niat anda berblogging. Tak salah berblogging untuk mendapatkan wang tapi pastikan itu bukan agenda utama anda. Anggaplah blogging ini sebagai satu kerja. Anda perlu berusaha keras sebelum dapat menuai hasilnya. Renung-renungkan dan selamat beramal ~~~

Sumber dari : http://abangnara.com/jangan-berblogging-hanya-kerana-wang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails