POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label Sport. Show all posts
Showing posts with label Sport. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Chong Wei tundukkan Lin Dan di Terbuka Tokyo 2010

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menundukkan musuh tradisi, Lin Dan 22-20, 16-21, 21-17 untuk merangkul kejuaraan kelapannya tahun ini dengan menjuarai kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, sebentar tadi. (2.30 ptg)


P/S: Setelah sekian lama, baru kali ini beliau dapat menumpaskan musuh tradisi Lin Dan.. Sekalung tahniah buat Datuk Lee Chong Wei ! =)

Saturday, June 26, 2010

Jadual Terkini Perlawanan FIFA World Cup 2010 - Pusingan Kalah Mati

Jadual perlawanan bola sepak FIFA World Cup 2010 terkini. POWER ROOT adalah penaja bersama liputan khas Piala Dunia FIFA 2010 di Astro 



Sambil menonton bola FIFA, sambil minum power root, sambil jana pendapatan secara online...MEMANG BEST !!!
Lawati web - http://www.impian4u.net/?id=nizam

Wednesday, June 16, 2010

'Serangan Lebah' di FIFA Afrika Selatan

JOHANNESBURG - Ketika ramai penonton televisyen di seluruh dunia merungut mengenai bunyi bingit vuvuzela sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010, serunai tradisi masyarakat Afrika Selatan itu mulai popular di seluruh dunia.
Jualan serunai panjang yang mampu membuat bising 144 decibel atau menyamai bunyi mercun itu semakin laris selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menolak gesaan mengharamkan vuvuzela di dalam stadium.
Di Britain, permintaan alat tiupan itu bertukar menjadi demam vuvuzela apabila banyak pasar raya mendakwa 22,000 buah serunai tersebut dijual dalam tempoh 12 jam menjelang perlawanan England bertemu Amerika Syarikat Ahad lalu.
Beberapa rangkaian pasar raya besar menempah 25,000 alat itu setelah mendapati setiap unit vuvuzela berjaya dijual setiap dua saat. Sementara itu, laman web runcit talian Amazon menyatakan jualan serunai tersebut meningkat sehingga 1,000 peratus.
Carta popular iTunes Apple pula merekodkan beberapa laman muat turun bunyi daripada alat muzik itu. Antaranya, satu laman web yang dikenali sebagai Vuvuzela 2010 telah mencatatkan muat turun lebih 750,000 kali.
Firma Van Schalkwyk pula memberitahu, mereka telah menjual vuvuzela yang diubah suai daripada asalnya tanduk lembu kepada serunai plastik. Ia dijual pada harga semurah £2.50 (RM12) di seluruh Eropah sejak Oktober tahun lalu.
Setakat ini, lebih 1.5 juta unit vuvuzela berjaya dijual di seluruh benua tersebut. Di Afrika Selatan sahaja, jutaan unit alat tersebut sudah dijual sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu berlangsung. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails