POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Monday, September 20, 2010

akibat liat sangat...POTONG, JGN TAK POTONG...


TEMERLOH 19 Sept. – Mulai Jun tahun depan (2011), semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menegaskan, hanya dengan cara itu pihaknya dapat mengutip semula hutang daripada lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya.
Katanya, PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

‘‘Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf. Menurut Ismail, PTPTN akan menunggu keputusan kerajaan sebelum melaksanakan skim potongan gaji peminjam bagi mengutip semula pinjaman tabung tersebut.

Kata beliau, PTPTN juga mengambil kira pelbagai perkara supaya tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian pada masa depan.
Beliau berkata, pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion.

‘‘Sepatutnya Julai lalu kita berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada RM23 bilion itu namun setakat ini, kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam yang liat membayar semula pinjaman.

‘‘Daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman,” katanya.

Menurut Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam.

Tuesday, November 10, 2009

Diskaun PTPTN pada pemegang ijazah kelas dua atas

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas dua atas mungkin diberikan diskaun amaun pembayaran balik pinjaman pelajaran yang diperoleh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu kini dalam pertimbangan kementeriannya atas dasar ia boleh memberi kesan positif daripada segi pembayaran balik pinjaman.

"Saya rasa diskaun itu boleh menggalakkan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang termasuk ijazah kelas dua atas,'' ujarnya di sini semalam tanpa mahu mengulas kadar diskaun yang mungkin diberikan.

Defisit PTPTN RM48 bilion 2020

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
dijangka menanggung defisit berjumlah RM48 bilion pada 2020 sekiranya
peminjam masih berdegil untuk membuat pembayaran balik pinjaman.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, kerajaan
bimbang masalah tersebut akan menyebabkan bakal peminjam mengalami kesukaran
untuk membuat pinjaman pada masa akan datang.

Sehubungan itu kata beliau, kementerian amat berharap para peminjam lebih
bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman masing-masing bagi membantu
pelajar baru.

‘‘Kerajaan memang prihatin tetapi kita tidak sewenang-wenangnya memberikan
pinjaman itu dijadikan seperti biasiswa.

‘‘Kita harus ingat bahawa PTPTN merupakan tabung pinjaman untuk pelajar
sahaja,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-
Pasir Mas) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ibrahim dalam soalannya menyatakan jumlah hutang PTPTN yang tertunggak kini
tidak menjadi masalah besar kepada kerajaan berikutan kerajaan mempunyai
pendapatan lain, justeru beliau mencadangkan supaya jumlah tunggakan itu di
hapuskan.

Terdahulu, Kok Chung menjawab soalan lisan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua
Musang) yang ingin tahu jumlah sebenar tunggakan PTPTN dan apakah perancangan
kerajaan dalam membantu siswazah yang tidak berpeluang menerima pinjaman bagi
meneruskan pengajian.

Beliau berkata, sehingga 30 September 2009, jumlah yang sepatutnya dibayar
balik oleh peminjam kepada tabung ialah RM3.235 bilion melibatkan kira-kira
780,000 pinjaman yang telah diluluskan.


Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM346 juta yang dibuat oleh
peminjam telah diberi penangguhan bayaran balik manakala sejumlah RM1.535
bilion masih belum dibayar balik.

‘‘Golongan yang enggan dan belum membayar balik ini terdiri daripada mereka yang
 langsung tidak memberi maklum balas kepada pihak PTPTN,” ujar beliau.-Utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails