POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label Tarikh. Show all posts
Showing posts with label Tarikh. Show all posts

Monday, September 20, 2010

akibat liat sangat...POTONG, JGN TAK POTONG...


TEMERLOH 19 Sept. – Mulai Jun tahun depan (2011), semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menegaskan, hanya dengan cara itu pihaknya dapat mengutip semula hutang daripada lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya.
Katanya, PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

‘‘Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf. Menurut Ismail, PTPTN akan menunggu keputusan kerajaan sebelum melaksanakan skim potongan gaji peminjam bagi mengutip semula pinjaman tabung tersebut.

Kata beliau, PTPTN juga mengambil kira pelbagai perkara supaya tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian pada masa depan.
Beliau berkata, pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion.

‘‘Sepatutnya Julai lalu kita berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada RM23 bilion itu namun setakat ini, kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam yang liat membayar semula pinjaman.

‘‘Daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman,” katanya.

Menurut Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam.

Lagi Peguam Buat Hal. Kali ni...

 

Permohonan Victoria Jayaseelem jadi peguam syarie 25 Nov

20/09/2010 2:52pm

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (Mawip) untuk membatalkan permohonan seorang peguam wanita bukan Muslim untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan pada 25 November ini. 

Pada 19 Mei, Victoria Jayaseele Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar satu keputusan bahawa hanya peguam Muslim dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu dalam kamar setelah menemui peguam Martin, Ranjit Singh dan Sulaiman Abdullah bagi Mawip.

Ranjit Singh memberitahu media bahawa Mawip telah memfailkan permohonan itu untuk membatalkan semakan kehakiman tersebut atas alasan mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mendengar perkara berkenaan.

Dalam permohonan Victoria Jayaseele, beliau juga meminta satu perintah sertiorari untuk membatalkan keputusan tersebut oleh Mawip melalui Jawatankuasa Peguam Syarie kerana penolakan permohonannya untuk diterima sebagai seorang peguam syarie.
Beliau menamakan Mawip sebagai responden. - Bernama

Friday, August 27, 2010

Ada '2 bulan' purnama pada 27 Ogos 2010 ??


Oleh Kassim Bahali

Tersebar dengan luas melalui email..mengatakan akan berlaku dua Bulan di langit pada malam 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1431H (di Malaysia ada negara baru malam ke 17 Ramadhan). Mengikut email tersebut seluruh dunia menantikan.. planet Marikh paling cerah di bulan Ogos. Akan kelihatan seperti saiznya sebesar bulan purnama pada12:30am, 27 Ogos 2010. Ia akan kelihatan seperti dua bulan..
Two moons on 27th August 2010

27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.


Sebenarnya pada tarikh 27 Ogos 2010, Bulan pada 12:30am berada di langit timur, manakala planet Marikh telah terbenam di ufuk barat pada 9.58pm. Ini bermakna tidak mungkin Bulan dan Marikh pada masa tersebut berada berdekatan antara satu sama lain. Tidak mungkin juga saiz Marikh hampir sama dengan Bulan sekali pun ia paling hampir dengan Bumi.

Apa yang sebenarnya berlaku pada 27 Ogos 2010 ialah planet Musytari (Jupiter) dan Bulan akan berada berhampiran dengan sudut pisahan 9 darjah diantara keduanya. Bulan berada di sebelah atas Musytari. Planet Musytari kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya tidaklah hampir sama seperti Bulan purnama.

Sumber:
Persatuan Falak Syarie Malaysia
http://www3.falaksyari.org/index.php?option=com_content&task=view&id=219&Itemid=2

Wednesday, June 16, 2010

PENGUMUMAN (ANNOUNCEMENT)

SEMAKAN KEMASUKAN KE DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2010
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010 : (Mulai 17 Jun 2010 - Khamis, jam 12.00 tgh)


SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN STPM/ DIPLOMA) AMBILAN JULAI 2010
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/Diploma/ Setaraf Sesi 2010/2011 : (Mulai 18 Jun 2010 - Jumaat, jam 12.00 tgh)


SEMAKAN TAWARAN KPLSPM AMBILAN JUN 2010
Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di Laman Web KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) :
SEMAKAN TAWARAN KPLSPM JUN 2010


SEMAKAN TAWARAN KPLI AMBILAN JUN 2010
Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di Laman Web KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) :
SEMAKAN TAWARAN KPLI JUN 2010


PERMOHONAN TEMUDUGA eGST LEPASAN IPTA
Permohonan Dalam Talian Temuduga Guru Sandaran Terlatih (eGST) Keluaran IPTA bagi tahun 2010 boleh dibuat di:
APLIKASI PERMOHONAN eGST


KEPUTUSAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41
Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam SPA Gred 41 yang telah diadakan pada 10 April 2010 boleh disemak di:
SEMAKAN KEPUTUSAN SPA GRED 41


KEPUTUSAN MEMASUKI USM 2010/2011
Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2010/2011 boleh menyemak keputusan mulai 29 MEI 2010 jam 12.00 tengahari sehingga 31 MEI 2010 sebelum jam 5.00 petang. Keputusan permohonan ini tidak melibatkan permohonan ke USM yang dikemukakan bagi program PENDIDIKAN. SEMAKAN KEPUTUSAN KE USM


SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA ISMP & DPLI JULAI 2010
Semakan panggilan Temu Duga Pendidikan bagi Kategori Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi Sesi Julai 2010 boleh dibuat di Laman Web UNIT PUSAT UNIVERSITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI : SEMAKAN TEMUDUGA ISMP & DPLI JULAI 2010


SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN SPM) JULAI 2010
Semakan Keputusan Kemasukan Ke IPTA untuk lepasan SPM boleh di buat di Laman Web KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) : SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN SPM) JULAI 2010
atau terus ke Laman Web IPTA yang dipohon.


TARIKH PENTING UNTUK PERMOHONAN DPLI, KPLI & KPLSPM

15 April 2010 - Semakan Tempat Ujian MEDSI untuk calon DPLI & ISMP / Ujian MUNSYI

17 April 2010 - Semakan Calon Berjaya Temuduga KPLI (Calon MTEST Pertama dan Kedua)

26 – 29 April 2010 - Tempoh Temuduga KPLI

24 April 2010 - Ujian MEDSI ( DPLI & ISMP )

12 Mei 2010 - Semakan Panggilan Temuduga DPLI & ISMP

14 Jun 2010 - Semakan Keputusan Kemasukan KPLI & KPLSPM

17 Jun 2010 (12.00 tgh) - Semakan Keputusan Kemasukan DPLI

18 Jun 2010 (12.00 tgh) - Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM / Diploma

28 Jun 2010 - Tarikh Pendaftaran KPLI di IPGM

3 Julai 2010 - Tarikh Pendaftaran DPLI di IPTA

* Semua tarikh tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
sumber: myadha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails