POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Monday, June 7, 2010

Nafasku



Lirik Lagu Nafasku - Taufik Batisah

Kasihmu
Di luar jangkaanku
Sulit rasanya hidupku tanpamu
Usah kau pergi jauh

Aku berjanji
Cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Diriku teruntuk kamu

Setiap nafasku
Berpesan padamu
Jangan pernah
Tinggalkan diriku

Sentiasa hadir
Di jalan hidupku
Yakini cintaku
Untuk kamu

Aku menanti
Ketibaan hari itu
Saatnya kau mengucap cinta sejati
Dua menjadi satu

Aku mengerti
Kata-kataku percuma
Hingga tiba suatu masa
Semuakan menjadi nyata

Setiap nafasku
Berpesan padamu
Jangan pernah
Tinggalkan diriku

Sentiasa hadir
Di jalan hidupku
Yakini cintaku
Hanya untukmu

Sentiasa hadir
Di jalan hidupku
Yakini cintaku
Untuk kamu

Untuk kamu ku serah segala
Untuk kamu ku beri bahagia
Untuk kamu ku janji setia
Untuk kamu…

Aku berjanji
Cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Semuanya untuk kamu

Wednesday, March 17, 2010

Wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Munsyid : De Hearty
Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails