POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

MALWARE ATTACK!!!! Perhatian buat semua webmaster blog dan pelayar siber

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

Monday, September 20, 2010

5 perkara teknikal yang wajib dilakukan jika anda benar-benar ingin serius berblogging

"Abang Nara saya betul-betul serius nak buat blog nie. Cuba ajar sikit apa yang saya patut buat."
Serius berblogging bukannya maksud untuk serius untuk mendapatkan wang dengan menulis blog. Jangan lupa yang duit itu akan datang kemudian dengan kualiti blog anda. Cuma kalau tiba-tiba hari ini anda terasa ingin membuat satu blog yang baru, mungkin 5 perkara dari segi teknikal di bawah ini mampu untuk membantu anda. Tepuk dada tanya selera sama ada anda benar-benar serius untuk berblogging.

1. Beli domain dot com anda sendiri
Saya lebih suka tekankan pembelian domain ini sebagai satu pelaburan jangka masa panjang. Bukan sekadar lebih mudah untuk diingati oleh readers, tetapi kesan jangka masa panjangnya ialah BRANDING nama anda sendiri. Tak salah gunakan Blogspot atau WordPress. Tapi percayalah cakap saya yang dengan menggunakan domain dot com anda sendiri, impak branding untuk blog anda itu pasti akan lebih hebat.

2. Guna nama domain yang mudah diingati, unik dan senang dieja
Nampak macam benda yang simple tapi kesannya memang sangat mendalam. Kalau nama domain anda terlalu panjang, contoh seperti “blogresipimasakanmaksaya.com” memang compem akan mudah dilupai. Tapi kalau blogresipi.com itu adalah yang terbaik. Kalau nama anda memang pendek dan menarik, tak salah gunakan nama anda sendiri untuk domain dot com.
3. Gunakan WordPress untuk blog anda
Masa anda membeli domain jangan lupa beli hosting sekali. Gunakan WordPress sebagai platform blog anda. Sekarang ini hampir kesemua hosting provider seperti DataKL yang menggunakan CPanel. Sekali dua klik sahaja blog anda akan sudah siap untuk dipublish dan dibaca. Sebab utama guna WordPress ialah kerana blog yang menggunakan platform WordPress lebih mudah diindex dan mesra SEO pakcik Google.

4, Gunakan theme WordPress yang simple, kemas dan cepat loading
Dengan kelajuan Internet di Malaysia agak lembap, sekiranya anda menggunakan theme yang agak berat (penuh dengan grafik, ada auto load lagu), berkemungkinan besar readers akan malas untuk membuka blog anda. Contoh blog yang bagus dari segi inilah Kak Kujie. Simple, kemas dan load yang sangat pantas. Ingat satu perkara yang readers datang untuk membaca entri anda. Bukan untuk melihat kecantikan blog anda. Tapi pastikan theme tersebut kemas.

5. Pasang Google Analytics di blog anda
Walaupun blog anda belum popular, pastikan Google Analytics diinstall dari hari pertama blog anda diwujudkan untuk bacaan ramai. Kalau takpun install plugin WP-Stats untuk mengenal keyword  yang menyebabkan blog anda dijumpai. Selain keyword, anda boleh tahu blog yang link entri anda, berapa lama readers melekat di blog anda dan macam-macam lagilah. Gunakan data-data ini untuk meningkatkan lagi mutu blog anda.

Sumber dari : http://abangnara.com/5-perkara-teknikal-yang-wajib-dilakukan-jika-anda-benar-benar-ingin-serius-berblogging

akibat liat sangat...POTONG, JGN TAK POTONG...


TEMERLOH 19 Sept. – Mulai Jun tahun depan (2011), semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menegaskan, hanya dengan cara itu pihaknya dapat mengutip semula hutang daripada lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya.
Katanya, PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

‘‘Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf. Menurut Ismail, PTPTN akan menunggu keputusan kerajaan sebelum melaksanakan skim potongan gaji peminjam bagi mengutip semula pinjaman tabung tersebut.

Kata beliau, PTPTN juga mengambil kira pelbagai perkara supaya tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian pada masa depan.
Beliau berkata, pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion.

‘‘Sepatutnya Julai lalu kita berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada RM23 bilion itu namun setakat ini, kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam yang liat membayar semula pinjaman.

‘‘Daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman,” katanya.

Menurut Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam.

Wednesday, June 16, 2010

PENGUMUMAN (ANNOUNCEMENT)

SEMAKAN KEMASUKAN KE DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2010
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010 : (Mulai 17 Jun 2010 - Khamis, jam 12.00 tgh)


SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN STPM/ DIPLOMA) AMBILAN JULAI 2010
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/Diploma/ Setaraf Sesi 2010/2011 : (Mulai 18 Jun 2010 - Jumaat, jam 12.00 tgh)


SEMAKAN TAWARAN KPLSPM AMBILAN JUN 2010
Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di Laman Web KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) :
SEMAKAN TAWARAN KPLSPM JUN 2010


SEMAKAN TAWARAN KPLI AMBILAN JUN 2010
Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di Laman Web KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) :
SEMAKAN TAWARAN KPLI JUN 2010


PERMOHONAN TEMUDUGA eGST LEPASAN IPTA
Permohonan Dalam Talian Temuduga Guru Sandaran Terlatih (eGST) Keluaran IPTA bagi tahun 2010 boleh dibuat di:
APLIKASI PERMOHONAN eGST


KEPUTUSAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41
Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam SPA Gred 41 yang telah diadakan pada 10 April 2010 boleh disemak di:
SEMAKAN KEPUTUSAN SPA GRED 41


KEPUTUSAN MEMASUKI USM 2010/2011
Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2010/2011 boleh menyemak keputusan mulai 29 MEI 2010 jam 12.00 tengahari sehingga 31 MEI 2010 sebelum jam 5.00 petang. Keputusan permohonan ini tidak melibatkan permohonan ke USM yang dikemukakan bagi program PENDIDIKAN. SEMAKAN KEPUTUSAN KE USM


SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA ISMP & DPLI JULAI 2010
Semakan panggilan Temu Duga Pendidikan bagi Kategori Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi Sesi Julai 2010 boleh dibuat di Laman Web UNIT PUSAT UNIVERSITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI : SEMAKAN TEMUDUGA ISMP & DPLI JULAI 2010


SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN SPM) JULAI 2010
Semakan Keputusan Kemasukan Ke IPTA untuk lepasan SPM boleh di buat di Laman Web KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) : SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN SPM) JULAI 2010
atau terus ke Laman Web IPTA yang dipohon.


TARIKH PENTING UNTUK PERMOHONAN DPLI, KPLI & KPLSPM

15 April 2010 - Semakan Tempat Ujian MEDSI untuk calon DPLI & ISMP / Ujian MUNSYI

17 April 2010 - Semakan Calon Berjaya Temuduga KPLI (Calon MTEST Pertama dan Kedua)

26 – 29 April 2010 - Tempoh Temuduga KPLI

24 April 2010 - Ujian MEDSI ( DPLI & ISMP )

12 Mei 2010 - Semakan Panggilan Temuduga DPLI & ISMP

14 Jun 2010 - Semakan Keputusan Kemasukan KPLI & KPLSPM

17 Jun 2010 (12.00 tgh) - Semakan Keputusan Kemasukan DPLI

18 Jun 2010 (12.00 tgh) - Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM / Diploma

28 Jun 2010 - Tarikh Pendaftaran KPLI di IPGM

3 Julai 2010 - Tarikh Pendaftaran DPLI di IPTA

* Semua tarikh tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
sumber: myadha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails