"Abang Nara saya betul-betul serius nak buat blog nie. Cuba ajar sikit apa yang saya patut buat."Serius berblogging bukannya maksud untuk serius untuk mendapatkan wang dengan menulis blog. Jangan lupa yang duit itu akan datang kemudian dengan kualiti blog anda. Cuma kalau tiba-tiba hari ini anda terasa ingin membuat satu blog yang baru, mungkin 5 perkara dari segi teknikal di bawah ini mampu untuk membantu anda. Tepuk dada tanya selera sama ada anda benar-benar serius untuk berblogging.
1. Beli domain dot com anda sendiri
Saya lebih suka tekankan pembelian domain ini sebagai satu pelaburan jangka masa panjang. Bukan sekadar lebih mudah untuk diingati oleh readers, tetapi kesan jangka masa panjangnya ialah BRANDING nama anda sendiri. Tak salah gunakan Blogspot atau WordPress. Tapi percayalah cakap saya yang dengan menggunakan domain dot com anda sendiri, impak branding untuk blog anda itu pasti akan lebih hebat.
2. Guna nama domain yang mudah diingati, unik dan senang dieja
Nampak macam benda yang simple tapi kesannya memang sangat mendalam. Kalau nama domain anda terlalu panjang, contoh seperti “blogresipimasakanmaksaya.com” memang compem akan mudah dilupai. Tapi kalau blogresipi.com itu adalah yang terbaik. Kalau nama anda memang pendek dan menarik, tak salah gunakan nama anda sendiri untuk domain dot com.
3. Gunakan WordPress untuk blog anda
Masa anda membeli domain jangan lupa beli hosting sekali. Gunakan WordPress sebagai platform blog anda. Sekarang ini hampir kesemua hosting provider seperti DataKL yang menggunakan CPanel. Sekali dua klik sahaja blog anda akan sudah siap untuk dipublish dan dibaca. Sebab utama guna WordPress ialah kerana blog yang menggunakan platform WordPress lebih mudah diindex dan mesra SEO pakcik Google.
4, Gunakan theme WordPress yang simple, kemas dan cepat loading
Dengan kelajuan Internet di Malaysia agak lembap, sekiranya anda menggunakan theme yang agak berat (penuh dengan grafik, ada auto load lagu), berkemungkinan besar readers akan malas untuk membuka blog anda. Contoh blog yang bagus dari segi inilah Kak Kujie. Simple, kemas dan load yang sangat pantas. Ingat satu perkara yang readers datang untuk membaca entri anda. Bukan untuk melihat kecantikan blog anda. Tapi pastikan theme tersebut kemas.
5. Pasang Google Analytics di blog anda
Walaupun blog anda belum popular, pastikan Google Analytics diinstall dari hari pertama blog anda diwujudkan untuk bacaan ramai. Kalau takpun install plugin WP-Stats untuk mengenal keyword yang menyebabkan blog anda dijumpai. Selain keyword, anda boleh tahu blog yang link entri anda, berapa lama readers melekat di blog anda dan macam-macam lagilah. Gunakan data-data ini untuk meningkatkan lagi mutu blog anda.
Sumber dari : http://abangnara.com/5-perkara-teknikal-yang-wajib-dilakukan-jika-anda-benar-benar-ingin-serius-berblogging
No comments:
Post a Comment