POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Saya yang patut berubah atau awak yang patut berubah??

 
Kita jarang mendengar kata-kata ini ” Saya telah berubah sikap, tapi kenapa dia masih setia dengan perangai lamanya? “… yang selalu kita dengar mungkin kata-kata ini ” kenapa dia x boleh berubah sikap kalau benar dia menyayangi saya? 

“…Kenapa kita harus mengharapkan sesuatu perubahan dari pasangan kita sedangkan dalam masa yang sama kita tidak mencuba untuk mengubah diri kita sendiri… Adakah kita sedar samada sikap kita sekarang ini memenuhi kehendak hati pasangan? Mungkin ya atau mungkin juga tidak… tapi untuk melayari bahtera kehidupan dalam susana yang harmoni, maka kita perlu berani mencuba untuk berubah dan juga menerima perubahan…
Andai kata perubahan itu tidak menepati kriteria yang kita inginkan, jangan terus meluahkan rasa hati yang tidak enak itu… Tetapi berikan pasangan kita itu signal-signal yang menunjukkan “saya tidak begitu OK dengan perubahan anda… ” kerana terkadang kita tersilap menilai perubahan pasangan kita…

Kita bicarakan tentang 1 situasi yang mungkin pernah atau tidak, terjadi dalam hidup kita::
Situasi A: Pasangan Nor dan Sham (kedua-duanya bukan nama sebenar)
Nor berasakan bahawa beliau telah memberikan kebebasan untuk Sham berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk rakan wanita lain selama mana batas pergaulan mereka itu dijaga tetapi kenapa Sham tidak memberikan ruang kebebasan yang sama kepada dirinya??

Sham pula berasakan beliau telah melakukan yang terbaik dalam perhubungan mereka dengan menjaga pergaulannya dengan tidak sewenang-wenangnya keluar dengan rakan2 wanita beliau. Di sebabkan itu juga beliau mengharapkan Nor agar berubah sikap seperti beliau dengan tidak bersosial dengan rakan lelaki.
Terlampau tinggi kah harapan yang diletakkan pada Nor itu??

Sebenarnya dalam situasi di atas, berlakunya cross-attitude di antara Nor dan Sham. Antara Nor dan Sham, tiada pihak yang salah atau betul secara total. Seharusnya perlu ada timbal-balik dan perbincangan dari hati ke hati antara pasangan. Mungkin tujuan Nor itu murni, tidak mahu kelihatan seperti Queen Control lantas beliau dengan seikhlasnya memberikan kebebasan untuk Sham berkawan, namun dalam situasi ini,
Nor seharusnya juga sedar bahawa dengan berkawan itu, mungkin hati lelaki akan terpaut dengan rakan wanita beliau.

Maka di sini, perubahan itu hanya akan menghadiahkan secebis duka dalam hati Nor.
Soalan: Adakah Nor masih mahukan Sham berubah untuk lebih bersosial?? Jawapannya saya biarkan hati anda yang menjawab.

Oleh itu, dalam sesuatu perhubungan, tidak semua perubahan yang kita harapkan itu membawa kebaikan semata-mata. Kita perlu menilai setiap perubahan yang diinginkan. Selagi sikap kita atau pasangan itu tidak memberikan sebarang impak negatif dalam perhubungan, maka perubahan itu tidaklah menjadi sesuatu yang wajib.
Renung-renungkan, kerana diri anda, hanya anda yang tahu…

Wednesday, October 6, 2010

Mutiara Hati Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Latarbelakang Syed Mokhtar
* Umur - 53 tahun
* Pendidikan - SPM
* Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
* Kekayaan -RM1,425 juta
* Ke 7 terkaya di Malaysia
* Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
* Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
* Kereta - Proton Perdana
* Sumbangan sosial - Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk
3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak
kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa.
Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya
manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat
hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

*Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

KASIH SAYANG BIARLAH BERPADA

KASIH 
SAYANG BIARLAH BERPADA

SAYANG
– ungkapan yang sering dikaitkan dengan jiwa dan perasaan. Sayang
lahir dari dalam jiwa. Dari satu rasa yang membenih di ruang hati.
Kita sering menyayangi insan2 terdekat kita – ibu bapa, adik
beradik  malah insan yang hadir dalam kehidupan kita saat mula kenal
dunia. Sayang tak mengenal usia, juga pangkat & harta.

Sayang
menuntut satu rasa yang amat dalam. Juga pengorbanan yang amat besar.
Bila kita sudah mula sayangkan seseorang, apa sebenarnya yang kita
rasa? Orang kata saying boleh mengubah dunia…ingat tak peristiwa di
sebalik Taj Mahal? Betapa kasihnya Shah Jehan kepada Mumtaz walau
isterinya itu sudah tiada lagi di dunia. Itulah manusia, sering
melakukan perkara yang tak diduga. Hakikatnya yang perlu kita
renungi, cinta tak memerlukan sandaran material untuk
membuktikannya.
Tapi berlainan dengan reality dunia hari ini. Tak
kira lelaki @ perempuan, semuanya menuntut harta & wang ringgit
sebagai balasan kasih saying.

Sayang
sepatutnya lahir dari hati yang suci. Yang ikhlas dan tidak mengharap
balasan apa2
selain daripada sayang juga. Itu fitrah manusia,
bila mula menyayangi seseorang sering mengharap agar orang yang
disayangi memberikan kasih yang sama. Tapi cinta sebegitu sudah tidak
laku. Kasih saying zaman millennium ini semakin sukar bila ia sering
menuntut pengorbanan yang amat berat & besar. Seseorang yang amat
mengharapkan sayangnya dibalas, sanggup melakukan apa sahaja demi
orang yang dicinta.

Seringkali
bila kita sudah menyayangi seseorang, kita memberikan sepenuh kasih
sayang padanya. Kerana sayang sepenuh hati itulah sebenarnya yang
menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja. Seandainya kasih
sayang berbalas, tapi bagaimana andai hanya bertepuk sebelah tangan?
Pasti hati remuk redam, sedih berpanjangan & mengundang cerita
yang tak berkesudahan. Lebih perit bila ia bakal membiak sebuah
dendam. Ada orang boleh jadi gila kerana cinta, ada yang sanggup mati
& pasti ada yang sanggup membunuh!

Kesilapan
manusia – memberi kasih dan sayang mereka sepenuh hati. Mereka
tidak tinggalkan walau secebis rasa kasih pada diri sendiri.
Segala2nya dicurah pada insan tersayang. Inilah yang menyebabkan
mereka jadi alpa. Bila kasih tidak dibalas, baginya sudah tiada apa2
lagi yang boleh diharap di dunia ini.

Sepatutnya
sayang itu berpada2. Simpanlah satu pertiga kasih sayangmu untuk diri
sendiri. Jangan sekali2 melupakan insan2 yang membesarkan kita, yang
melahirkan dengan penuh kesakitan. Yang berpenat jerih membanting
tulang empat kerat untuk melihat kita berjaya. Untuk insan2 yang
sering bersama2 dengan kita tatkala kita membesar. Pada sahabat2
yang tak pernah hilang dari hidup kita tak kira ketika kita kaya @
papa.

Andai
benar2 dirimu menyayangi seseorang setulus hatimu, berikan satu
pertiga itu untuknya. Sayangi dia dengan ruang satu pertiga itu.
Jangan berikan sepenuh hati kerana takut nanti, andai dirimu terluka,
kau akan benci pada dirimu dan juga orang lain. Pada dirimu kau
anggap sudah hilang segala kemanisan hidup. Hanya kecewa yang tinggal
& yang itulah sebenarnya yang boleh membinasakan hidupmu.

Tapi
rasa kasih sebenarnya tak mampu diukur walau dengan bentuk apa pun.
Ia unsur spiritual yang tak boleh kita zahirkan untuk dibagi2kan.
Dalam kita menyayangi orang lain, kita sepatutnya melebihkan rasa
kasih itu pada diri sendiri. Sayang pada diri itu penting kerana ia
akan bawa kita sampai ke mati. Sayang pada diri sendiri juga menuntut
pengorbanan yang besar andai kita berada pada golongan yang berfikir.
Andai kita berada pada jalan yang betul & benar, pengorbanan
untuk diri sendiri pasti melebihi segala2nya.

Menyayangi
diri akan mengelakkan kita terjebak dalam perkara yang tidak
sepatutnya. Dunia hari ini yang penuh dengan agenda barat yang ingin
merosakkan anak bangsa. Kea rah manakah yang ingin kita pilih?
Kebanyakan manusia masih lena, kebanyakan orang masih
nyenyak…Malaysia sudah merdeka tapi tanpa sedar kita dijajah lagi.
Kita dijajah secara senyap melalui hiburan yang melekakan, pakaian
yang menyesakkan mata dsb. Tanpa sedar sekali lagi kita dipergunakan.
Sayangkah kita pada diri andai ini terjadi?

Kita
masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Cuba ambil selembar
kertas putih, catatkan apa yang kita lakukan dalam sehari yang
menjamin kita akan sampai ke ‘sana’ dengan selamat. Bagi yang
leka, yang masih lali, yang tidak sayang diri; kertas itu masih
putih. Tidak ada apa yang mampu dicatat. Bagi seseorang yang solatnya
cukup, puasa tak pernah ponteng, selalu mengaji; bolehkah semua itu
sebagai jaminan?

Pernahkah
kita merasa sayang pada Pencipta? Mengapa rasa sayang begitu sukar
dizahirkan walaupun itulah sebenarnya yang perlu kita utamakan. Kita
ingin ke ‘sana’, ingin menikmati Syurga abadi, tapi siapa kita
ini untuk merasa nikmat-Nya?
Sayang
pada manusia yang pasti mati itu berlebih2an, sayang pada Pencipta
tak pernah terlintas, kn?

Kasih
sayang manusia walau sebesar mana pun, takkan ke mana. Mungkin kita
hanya sempat merasa nikmat dunia. Tapi sedarlah, nikmat dunia hanya
sementara. Sayang manusia terbatas; ada masa dia sudah bosan, kita
akan dilupakan.
Cubalah renungi diri sendiri. Catatan ini menjadi
panduan hidup saya yang masih banyak kelemahan_masih sedang
belajar_harapnya boleh jadi panduan buat semua. 

sumber dari : nur-farizan

Saturday, August 21, 2010

majelis dzikir

Ku hapus air mataku bukan dengan sapu tangan...
Karena ku tahu tak akan mampu menyembunyikan sembabnya..
Maka ku hapus tiap titisnya dengan wudhu yang menyejukkan..
Berharap tiap bercak noda di hati ikut luluh dan tersaput..

Ku pasang pembatas denganmu bukan dengan duri, racun ataupun tembok..
Karena ku tahu itu pun tak berguna..
Tapi dengan hamparan 'hijab' syariat..
Dengan ilmu penawar hati..
Dengan lingkaran majelis dzikir..

Tak akan ku cuba hapuskan bayangmu,
Tapi ku kan mencuba menatapmu dengan biasa, mencintaimu dengan ikhlas..
Tanpa sedikitpun ingin memilikimu, tanpa sebersitpun ingin menggapaimu..
Dan ku mulai meninggalkan jejakmu..
Ku kan membuat jejak sendiri di tiap langkahku menapak menuju cinta yang jauh lebih abadi..

Ketahuilah, tak akan ku cuba menghapus cintamu,
Tapi kan ku tutupi dengan cinta yang jauh lebih agung..
Cinta yang jauh lebih indah dan membumbung..
Yang ku yakin, Dia yang menentukan akhir dari tiap jejak kita..

Ku harap, suatu hari nanti,
Kau pun melangkah ke arah yang sama denganku menuju cinta-Nya..
Agar kelak jejak kita dapat bertemu di ujung IradahNya..

Saturday, August 14, 2010

renungan

if ever the day comes,and u find a better love than me,just remember that what i gave to you is the best what i have and what i am to you is the best that i can only be....

Tuesday, July 27, 2010

setitis amarah, selaut sabar....~~~

kesabaran & saling memaafkan

** Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

** "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

** ... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

** Para peneliti percaya bahwa pelepasan hormon stres, kebutuhan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah dari keeping-keping darah, yang memicu pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan peluang terjadinya serangan jantung. Ketika marah, detak jantung meningkat melebihi batas wajar, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan oleh karenanya memperbesar kemungkinan terkena serangan jantung.
jadi mulai sekarang jangan suka marah ya....

Friday, July 2, 2010

Amarah dan Rahsia Wudhuk

Sabda Nabi S.A.W:"Marah itu dari syaitan & syaitan itu djadikan dari api
& api itu boleh dipadamkan dgn air.Maka apabila salah seorg dari
kamu sdg mrh,maka hndaklah ia mengambil wuduk".

Dlm hadis yg lain juga,nabi saw bsabda:"apabila engkau marah,maka diamlah".(HR:Ahmad,Al-baihaqi dll).

Monday, June 28, 2010

Kejayaan dan Kegagalan

Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal..yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang..hendak seribu daya..mahu seribu upaya..di mana ada kemahuan..di situ ada kejayaan..orang cemerlang menunjukkan hasil..orang yang gagal memberi alasan...
http://www.sprucebugs.com/business_planning.jpg
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails