POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!
Showing posts with label highspeed. Show all posts
Showing posts with label highspeed. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Me



Salam & Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua Blogger NuffNang,


Berita terbaru ini saya kongsikan bersama anda bagaimana terujanya saya apabila diumumkan kemunculan iphone4 yang dinanti-nantikan kerana penduduk Malaysia cepat  menjadi pengguna harian internet mobile. Dengan telefon iphone4 yang sudah berada dipasaran Malaysia, maka kadar penggunaan rangkaian web atau internet lebih menjadi pesat, pengguna internet mcm saya akan memanfaatkan peluang dan masa 24/7 yg ada melayari internet ditawarkan oleh Digi sememangnya pilihan yg bijak (Always smarter choice)..pakej serendah rm58/bulan, DiGi beri 200 minit masa berbual percuma, 200 SMS percuma, dan 20 MMS percuma ke semua rangkaian. Banyaknya faedah yg kita dapat..fuyoo =) 
iPhone 4 memang menjadi target item saya tahun 2010 ini. Saya sering asyik lihat dari pengguna iphone 3 di dalam tren, di pejabat2 & dimana-mana, semuanya nampak bergaya dan versatile apabila menggunakannya, cara pegang, cara tekan butang, cara melayari dari folder ke folder lain.. berbeza sungguh dengan internet mobile yg lain. Sudah la 'multifunction', dari penggunaan asas seperti panggilan dail telefon, sms, mms, kamera yg begitu jelas dan resolusi yg tinggi, video yg lebih menarik dengan pelbagai editting, muzik tanpa had, simpanan data sehingga 32gb..boleh simpan pelbagai bahan2 dalam iphone4. Hinggalah yang paling penting, internet..hehehehe..tak bukak fb, email, blog, & lain2 sehari, macam dah rasa ketinggalan zaman pulak. 
Maka, saya amat berbesar hati dengan adanya iphone4 ditangan saya, saya akan dapat mengoptimumkan penggunaan internet yg berkelajuan tinggi dengan pakej yg disediakan oleh Digi...Doakan saya memenangi iPhone 4.



Wednesday, September 22, 2010

600,000 Pengguna 3G Sudah Beralih Ke Jalur Lebar (Broadband)

CYBERJAYA - Kira-kira 600,000 dari 7.9 juta pengguna perkhidmatan 3G telah beralih kepada perkhidmatan jalur lebar ketika ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Angka ini adalah angka yang besar dan angka ini menunjukkan bahawa dasar yang dibuat kerajaan kian lama kian memberi kesan," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini.

Turut hadir di majlis itu isteri beliau Datin Seri Masnah Rais, kedua-dua timbalannya Datuk Joseph Salang dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, pengerusi SKMM Tan Sri Khalid Ramli, serta wakil syarikat komunikasi.

Rais juga meminta kerjasama erat antara SKMM, media, dan industri komunikasi perlu diteruskan supaya penembusan jalur lebar boleh melonjak melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 50 peratus sebelum hujung tahun ini.

"Ia akan menjadi rekod yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat di mana jalur lebar akan membawa pembaharuan kepada tamadun baru di Malaysia," katanya.

Kerajaan sebelum ini mensasarkan penembusan 50 peratus jalur lebar di mana sasaran itu akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak kurang dari satu peratus.

Ketika ini projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) bersama Telekom Malaysia telah berjaya mempertingkatkan lebih dari 20 ibu sawat di kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan perindustrian bagi menyokong penyediaan perkhidmatan HSBB dan memberi liputan kepada lebih 300,000 premis.

Setakat Jun 2010, kadar penembusan jalur lebar sudah mencecah 36.1 peratus.

Menurut sumber, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai jalur lebar akan mengumumkan angka terkini penembusan jalur lebar pada akhir bulan ini.

Ketika ini terdapat kira-kira 16 juta pengguna internet di Malaysia.

Sumber- BERNAMA, 22 Sept 2010

Wednesday, March 24, 2010

Utusan - Jalur lebar jadi ungkapan popular selepas NBI


Jalur lebar jadi ungkapan popular selepas NBI

KUALA LUMPUR 23 Mac - "Jalur lebar" bakal menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia apabila Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dilaksanakan sepenuhnya.
Menerusi slogan nama "Jalur Lebar Untuk Semua", Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), yang menerajui inisiatif berani itu, akan memastikan semua rakyat Malaysia, sama ada di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Pada taklimat khas untuk para editor Bernama mengenai Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan baru-baru ini, Pengerusi MCMC Tan Sri Khalid Ramli berkata, NBI bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan melangkah ke ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Kami mahu meluaskan usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada orang ramai, termasuk mereka yang tinggal di kampung," katanya.
Menerusi inisiatif itu, Suruhanjaya, yang diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, menetapkan sasaran perkhidmatan jalur lebar menembusi 50 peratus atau bersamaan 3.2 juta rumah menjelang 2010. Ia akan menyumbang satu peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan 135,000 peluang pekerjaan baharu tahun ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails