POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Wednesday, October 6, 2010

KASIH SAYANG BIARLAH BERPADA

KASIH 
SAYANG BIARLAH BERPADA

SAYANG
– ungkapan yang sering dikaitkan dengan jiwa dan perasaan. Sayang
lahir dari dalam jiwa. Dari satu rasa yang membenih di ruang hati.
Kita sering menyayangi insan2 terdekat kita – ibu bapa, adik
beradik  malah insan yang hadir dalam kehidupan kita saat mula kenal
dunia. Sayang tak mengenal usia, juga pangkat & harta.

Sayang
menuntut satu rasa yang amat dalam. Juga pengorbanan yang amat besar.
Bila kita sudah mula sayangkan seseorang, apa sebenarnya yang kita
rasa? Orang kata saying boleh mengubah dunia…ingat tak peristiwa di
sebalik Taj Mahal? Betapa kasihnya Shah Jehan kepada Mumtaz walau
isterinya itu sudah tiada lagi di dunia. Itulah manusia, sering
melakukan perkara yang tak diduga. Hakikatnya yang perlu kita
renungi, cinta tak memerlukan sandaran material untuk
membuktikannya.
Tapi berlainan dengan reality dunia hari ini. Tak
kira lelaki @ perempuan, semuanya menuntut harta & wang ringgit
sebagai balasan kasih saying.

Sayang
sepatutnya lahir dari hati yang suci. Yang ikhlas dan tidak mengharap
balasan apa2
selain daripada sayang juga. Itu fitrah manusia,
bila mula menyayangi seseorang sering mengharap agar orang yang
disayangi memberikan kasih yang sama. Tapi cinta sebegitu sudah tidak
laku. Kasih saying zaman millennium ini semakin sukar bila ia sering
menuntut pengorbanan yang amat berat & besar. Seseorang yang amat
mengharapkan sayangnya dibalas, sanggup melakukan apa sahaja demi
orang yang dicinta.

Seringkali
bila kita sudah menyayangi seseorang, kita memberikan sepenuh kasih
sayang padanya. Kerana sayang sepenuh hati itulah sebenarnya yang
menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja. Seandainya kasih
sayang berbalas, tapi bagaimana andai hanya bertepuk sebelah tangan?
Pasti hati remuk redam, sedih berpanjangan & mengundang cerita
yang tak berkesudahan. Lebih perit bila ia bakal membiak sebuah
dendam. Ada orang boleh jadi gila kerana cinta, ada yang sanggup mati
& pasti ada yang sanggup membunuh!

Kesilapan
manusia – memberi kasih dan sayang mereka sepenuh hati. Mereka
tidak tinggalkan walau secebis rasa kasih pada diri sendiri.
Segala2nya dicurah pada insan tersayang. Inilah yang menyebabkan
mereka jadi alpa. Bila kasih tidak dibalas, baginya sudah tiada apa2
lagi yang boleh diharap di dunia ini.

Sepatutnya
sayang itu berpada2. Simpanlah satu pertiga kasih sayangmu untuk diri
sendiri. Jangan sekali2 melupakan insan2 yang membesarkan kita, yang
melahirkan dengan penuh kesakitan. Yang berpenat jerih membanting
tulang empat kerat untuk melihat kita berjaya. Untuk insan2 yang
sering bersama2 dengan kita tatkala kita membesar. Pada sahabat2
yang tak pernah hilang dari hidup kita tak kira ketika kita kaya @
papa.

Andai
benar2 dirimu menyayangi seseorang setulus hatimu, berikan satu
pertiga itu untuknya. Sayangi dia dengan ruang satu pertiga itu.
Jangan berikan sepenuh hati kerana takut nanti, andai dirimu terluka,
kau akan benci pada dirimu dan juga orang lain. Pada dirimu kau
anggap sudah hilang segala kemanisan hidup. Hanya kecewa yang tinggal
& yang itulah sebenarnya yang boleh membinasakan hidupmu.

Tapi
rasa kasih sebenarnya tak mampu diukur walau dengan bentuk apa pun.
Ia unsur spiritual yang tak boleh kita zahirkan untuk dibagi2kan.
Dalam kita menyayangi orang lain, kita sepatutnya melebihkan rasa
kasih itu pada diri sendiri. Sayang pada diri itu penting kerana ia
akan bawa kita sampai ke mati. Sayang pada diri sendiri juga menuntut
pengorbanan yang besar andai kita berada pada golongan yang berfikir.
Andai kita berada pada jalan yang betul & benar, pengorbanan
untuk diri sendiri pasti melebihi segala2nya.

Menyayangi
diri akan mengelakkan kita terjebak dalam perkara yang tidak
sepatutnya. Dunia hari ini yang penuh dengan agenda barat yang ingin
merosakkan anak bangsa. Kea rah manakah yang ingin kita pilih?
Kebanyakan manusia masih lena, kebanyakan orang masih
nyenyak…Malaysia sudah merdeka tapi tanpa sedar kita dijajah lagi.
Kita dijajah secara senyap melalui hiburan yang melekakan, pakaian
yang menyesakkan mata dsb. Tanpa sedar sekali lagi kita dipergunakan.
Sayangkah kita pada diri andai ini terjadi?

Kita
masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Cuba ambil selembar
kertas putih, catatkan apa yang kita lakukan dalam sehari yang
menjamin kita akan sampai ke ‘sana’ dengan selamat. Bagi yang
leka, yang masih lali, yang tidak sayang diri; kertas itu masih
putih. Tidak ada apa yang mampu dicatat. Bagi seseorang yang solatnya
cukup, puasa tak pernah ponteng, selalu mengaji; bolehkah semua itu
sebagai jaminan?

Pernahkah
kita merasa sayang pada Pencipta? Mengapa rasa sayang begitu sukar
dizahirkan walaupun itulah sebenarnya yang perlu kita utamakan. Kita
ingin ke ‘sana’, ingin menikmati Syurga abadi, tapi siapa kita
ini untuk merasa nikmat-Nya?
Sayang
pada manusia yang pasti mati itu berlebih2an, sayang pada Pencipta
tak pernah terlintas, kn?

Kasih
sayang manusia walau sebesar mana pun, takkan ke mana. Mungkin kita
hanya sempat merasa nikmat dunia. Tapi sedarlah, nikmat dunia hanya
sementara. Sayang manusia terbatas; ada masa dia sudah bosan, kita
akan dilupakan.
Cubalah renungi diri sendiri. Catatan ini menjadi
panduan hidup saya yang masih banyak kelemahan_masih sedang
belajar_harapnya boleh jadi panduan buat semua. 

sumber dari : nur-farizan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails