"Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?" Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.
"Kejap, bang. Sayang tengah bagi 'kambing' makan ni." Jawab Aminah,sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,
"Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?" Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.
"Mama, tolong Amar buat karangan ni. " Rayu Amar kepada ibunya, Aminah malam itu.
"Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang." Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan-kawan lama dalam facebook.
Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur atas buku tulis dengan pensel di tangan.Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.
Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak-anak muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam-jam menulis dan menjawab status kawan-kawan.
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yangg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing-masing menghadapi facebook di tempat masing-masing. Ibu dan ayah dg laptop masing-masing di bilik. Anak-anak di bilik mereka atau di ruang tamu dan masing-masing punya laptop sendiri.Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.
Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri???
Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan-kawan masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di 'add' sebagai 'friends' dan tiada 'mutual friends' di kalangan ahli keluarga.
Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dgn internet
2.Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman-teman lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dengan telefon. Adakalanya pada waktu-waktu kritikal facebook amat diperlukan untuk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak-anak generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan-rakan dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.
Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu.Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya,orang lain dan alam seluruhnya.
credit : blog iium
P/s : apa kata korang?.....
No comments:
Post a Comment