1- Pegawai Teknologi Maklumat (F41):
Bertanggungjawab mengkaji kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya membangun, menganalisis, mereka bentuk, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemerosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.
Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
3- Juruteknik Komputer (FT17):
Bertanggungjawab dalam tiga skop utama iaitu penyenggaraan sistem, penyenggaraan aplikasi dan operasi sistem. Menjalankan kerja penyenggaraan pencegahan dan penyenggaraan kelengkapan komputer, kerja peningkatan keupayaan komputer, kerja-kerja yang berkaitan dengan mempateri dan pemasangan kabel, melaksanakan instalasi program mengikut keperluan pengguna komputer, menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisian yang baru dibeli dan memberi khidmat nasihat kepada pengguna secara 'on-line' apabila menerima aduan mengenai kerosakan kecil serta merekodkan laporan kerosakan sekiranya kerosakan yang agak besar dan rumit.
Bertanggungjawab memasukkan data-data yang akan diproses oleh komputer.
No comments:
Post a Comment