POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Thursday, March 4, 2010

Mandi hadas


Disyariatkan sebagai wajib dalam dalam agama Islam

Hikmahnya :

a.      Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hikmah yang sebenar-benarnya.

b.      Mengembalikan kesegaran tubuh badan

c.      Melegakan otot-otot yang tegang

d.      Membersihkan kekotoran

Kaedah mandi hadas dan cara-caranya.

a.      Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm)

b.      Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan.

c.      Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada)

d.      Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat

e.      Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat

“Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah”

f.       Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails