POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Tuesday, January 19, 2010

myMetro | Jalur lebar 2010

myMetro | Jalur lebar 2010

JALUR lebar diiktiraf sebagai teknologi berupaya membawa sesebuah negara ke arah capaian Internet pantas, seterusnya membuka minda lebih terbuka dan mempelajari sesuatu yang tidak pernah didengar sebelum ini.

Teknologi jalur lebar mempunyai capaian Internet lebih baik berbanding penggunaan modem telefon yang hanya mampu memberikan akses kepada 56 kilobit sesaat (Kbps).

Pengguna pula boleh menikmati sekurang-kurangnya sambungan Internet dengan kepantasan 512Kbps sekiranya menetapkan jalur lebar yang kini menjadi medium komunikasi.
Bagi mana-mana penganalisis, mereka mengibaratkan jalur lebar sebagai sumber kekuatan baru dalam sesebuah negara yang mengkehendaki masyarakatnya berilmu menerusi maklumat tanpa batasan ditawarkan Internet.

Justeru, maklumat yang diperoleh daripada Internet perlu pantas dengan persediaan prasarana mantap bagi membolehkan akses tanpa gangguan mampu menampung keperluan mereka.

Peranan jalur lebar dimainkan mengikut kaedah komunikasi dengan beberapa inovasi diguna pakai seperti talian pelanggan digital (DSL), perkhidmatan pengedaran pelbagai poin setempat (LMDS), WiMAX, akses Internet satelit, gentian optik, Capaian Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA) atau Evolusi Jangka Panjang (LTE).

DSL menghantar maklumat secara digital yang menggunakan wayar disambung ke rangkaian telefon manakala LMDS beroperasi di bawah gelombang mikro membolehkan akses tanpa wayar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails