POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Sunday, August 2, 2009

Another tutorial uploading the video into blog (from online website)

1. Go to video website, for an example, www.youtube.com.
2. Search your video file by typing keyword at search box (e.g. "petronas advertisement").
3. Click one video that you like.(e.g.Petronas 2009 Chinese New Year Commercial)


4. At the right side, click 'customize button' besides the embed.
5. After finish the customize, right-click the embed code and copy it.
6. Go to blogger.com, click 'new post' and click 'edit html' mode.





7. Paste the embed code
8. View back in compose mode
9. Complete your post and then publish it.



Upload the video into your blog (from your file)

1. Click the film strip icon on the post editor toolbar.
2. In the popup window, click "Browse" to find the video on your computer.
3. Enter a title for your video.
4. Agree to the Terms and Conditions (if this is your first video upload).
5. Click "Upload Video."

Thursday, May 21, 2009

Senarai Anggota Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 9 April 2009

YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri

Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz- Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop- Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi

Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom- Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam

Timbalan -Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan

Thursday, April 23, 2009

Mengapa Muslim biarkan hati mati

oleh: Ustaz Zainudin Hashim (tazkirah jumaat)
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya,akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata,telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosayang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satudosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornyahati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melaku-kan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatankufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatanberibadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman danilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita,namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatanuntuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadikeras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yangterpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelahlalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takutkepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Baqarah ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanyaboleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hatimanusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripadaAllah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besarterhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkanseluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkanhati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails