YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz- Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop- Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi
Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom- Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam
Timbalan -Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)
KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)Timbalan : Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan
Thursday, May 21, 2009
Thursday, April 23, 2009
Mengapa Muslim biarkan hati mati
oleh: Ustaz Zainudin Hashim (tazkirah jumaat)
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya,akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata,telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosayang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satudosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornyahati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melaku-kan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatankufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatanberibadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman danilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita,namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatanuntuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadikeras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yangterpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelahlalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takutkepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Baqarah ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanyaboleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hatimanusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripadaAllah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besarterhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkanseluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkanhati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Friday, February 27, 2009
Slumdog Millionaire
Takdir Rubina dan AzharuddinMenonton Slumdog Millionaire, sesiapa sahaja pasti terkesan dengan kehidupan penuh daif Salim, Jamal dan Latika. Dua daripada pemegang watak itu sememangnya kanak-kanak miskin di negara asal mereka, India.
ORANG ramai mengerumuni Rubina yang gambarnya sedang dirakamkan di kampungnya di Mumbai
Friday, February 13, 2009
SOLAT JAMAK
petikan dari zakat selangor website
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim Solat Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib.Syarat Jamak Takdim :
i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.Syarat Jamak Takhir :
i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i. Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii. Solat Maghrib dan Isya'
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
--------
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i. Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii. Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim Solat Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib.Syarat Jamak Takdim :
i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.Syarat Jamak Takhir :
i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
- Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
- Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
- Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
- Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
- Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
- Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
- Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
- Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
- Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
- Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i. Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah TaalaMengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taalaii. Solat Maghrib dan Isya'
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah TaalaSolat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala--------
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i. Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah TaalaSelepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taalaii. Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Subscribe to:
Posts (Atom)


