Permohonan Victoria Jayaseelem jadi peguam syarie 25 Nov
20/09/2010 2:52pm

Pada 19 Mei, Victoria Jayaseele Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar satu keputusan bahawa hanya peguam Muslim dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu dalam kamar setelah menemui peguam Martin, Ranjit Singh dan Sulaiman Abdullah bagi Mawip.
Ranjit Singh memberitahu media bahawa Mawip telah memfailkan permohonan itu untuk membatalkan semakan kehakiman tersebut atas alasan mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mendengar perkara berkenaan.
Dalam permohonan Victoria Jayaseele, beliau juga meminta satu perintah sertiorari untuk membatalkan keputusan tersebut oleh Mawip melalui Jawatankuasa Peguam Syarie kerana penolakan permohonannya untuk diterima sebagai seorang peguam syarie.
Beliau menamakan Mawip sebagai responden. - Bernama
No comments:
Post a Comment