POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Wednesday, September 22, 2010

600,000 Pengguna 3G Sudah Beralih Ke Jalur Lebar (Broadband)

CYBERJAYA - Kira-kira 600,000 dari 7.9 juta pengguna perkhidmatan 3G telah beralih kepada perkhidmatan jalur lebar ketika ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Angka ini adalah angka yang besar dan angka ini menunjukkan bahawa dasar yang dibuat kerajaan kian lama kian memberi kesan," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini.

Turut hadir di majlis itu isteri beliau Datin Seri Masnah Rais, kedua-dua timbalannya Datuk Joseph Salang dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, pengerusi SKMM Tan Sri Khalid Ramli, serta wakil syarikat komunikasi.

Rais juga meminta kerjasama erat antara SKMM, media, dan industri komunikasi perlu diteruskan supaya penembusan jalur lebar boleh melonjak melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 50 peratus sebelum hujung tahun ini.

"Ia akan menjadi rekod yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat di mana jalur lebar akan membawa pembaharuan kepada tamadun baru di Malaysia," katanya.

Kerajaan sebelum ini mensasarkan penembusan 50 peratus jalur lebar di mana sasaran itu akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak kurang dari satu peratus.

Ketika ini projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) bersama Telekom Malaysia telah berjaya mempertingkatkan lebih dari 20 ibu sawat di kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan perindustrian bagi menyokong penyediaan perkhidmatan HSBB dan memberi liputan kepada lebih 300,000 premis.

Setakat Jun 2010, kadar penembusan jalur lebar sudah mencecah 36.1 peratus.

Menurut sumber, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai jalur lebar akan mengumumkan angka terkini penembusan jalur lebar pada akhir bulan ini.

Ketika ini terdapat kira-kira 16 juta pengguna internet di Malaysia.

Sumber- BERNAMA, 22 Sept 2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails