POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Wednesday, September 9, 2009

Bagaimana menetapkan kadar harga untuk perkhidmatan.

Antara yang selalu menjadi tajuk perbincangan dan sentiasa menjadi persoalan kepada freelancer adalah bagaimana menetapkan kadar harga?
Mereka yang masih baru dalam bidang ini atau mereka yang menjadi freelancer secara sambilan (mempunyai pendapatan tetap atau pekerjaan tetap yang lain) sering mengenakan bayaran yang sangat murah. Ini secara tidak langsung menyebabkan freelancer sepenuh masa terpaksa mengenakan bayaran yang murah untuk perkhidmatan mereka.

Sebagai seorang freelancer, anda perlu mempunyai teknik atau formula untuk pengiraan kadar harga anda sendiri. Kemudian anda perlu tetap dengan harga anda dan bijak berbincang dengan pelanggan untuk mendapatkan jumlah bayaran yang terbaik.

Tidak ada satu formula atau teknik yang khusus dan sangat tepat untuk menentukan kadar harga freelancer. Kebanyakkan freelancer mengenakan kadar harga mereka berdasarkan pelbagai faktor, seperti:

1-Pengalaman
2-Kemahiran
3-Tahap kesukaran sesuatu projek
4-Jangkamasa untuk menyiapkan projek




Kelemahan kebanyakkan freelancer adalah kadar bayaran mereka tidak dinamik malah kadangkala tidak tetap dan hampir tidak rasional. Satu formula atau ketetapan yang khusus untuk anda menentukan kadar harga adalah perlu. Sekurang-kurangnya ini dapat membantu anda mengira kadar bayaran yang setimpal dengan perkhidmatan dan idea anda.


Untuk itu, kadar bayaran seorang freelancer boleh ditentukan dengan merujuk kepada 3 perkara, iaitu:


1-Keperluan anda
2-Jumlah yang sanggup dibayar
3-Kadar bayaran saingan anda


Keperluan anda
Sebagai seorang freelancer, anda mempunyai keperluan-keperluan berbayar yang tertentu. Ini termasuk:
1-Kos pemasaran (marketing, iklan, business card, etc.)
2-Software (CMS, e-commerce, payment gateway, yang berkaitan dengan projek)
3-Peralatan pejabat (bil telefon, elektrik, printer, etc.)




Jumlah yang sanggup dibayar.
Selain dari kos keperluan anda, sebagai seorang freelancer anda mesti peka dengan kadar semasa yang sanggup dibayar oleh pelanggan. Anda juga mungkin perlu menyesuaikan kadar harga anda berdasarkan keadaan pasaran semasa.


Di Malaysia contohnya, pelanggan sanggup dan mampu berbelanja pada kadar purata RM2000 untuk bayaran web designer dan sebanyak RM2300 untuk graphic designer ( Sumber: The Freelance Statistics Report).


Anda juga boleh mendapatkan jumlah yang sanggup dibayar oleh pelanggan melalui maklumbalas pelanggan anda.


Kadar harga pesaing anda.
Kadar harga yang dikenakan oleh saingan anda juga merupakan faktor penting dalam penentuan harga untuk perkhidmatan anda. Harga yang dikenakan tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah berbanding dengan harga pesaing anda.


Anda boleh mendapatkan harga pesaing anda melalui laman web mereka. Sebagai freelancer anda juga boleh merujuk kepada pendapatan bulanan mereka yang berpendapatan tetap.


Sebagai contoh, di Malaysia kebanyakkan freelancer mengenakan kadar harga sebanyak RM85 sejam bekerja ( Sumber: The Freelance Statistics Report).


Berdasarkan kepada 3 faktor utama ini, anda dapat menentukan berapa kadar harga untuk perkhidmatan anda.


Bagaimana anda menetapkan kadar harga anda? Bergantung kepada jenis projek atau bergantung kepada keperluan kewangan semasa anda? Kongsi pengalaman anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails