
Wang bukan segalanya tapi segalanya perlukan wangOleh kerana itu jugalah saya dapat melihat ramai blogger-blogger Malaysia yang tumbuh bak cendawan. Kalau dulu 1 jam sudah cukup untuk membaca blog-blog ciptaan anak Malaysia, tapi kini 1 minggu pun mungkin tidak mencukupi. Mengapa agaknya benda ini berlaku? Adakah kerana ramai yang menyedari dengan berblog juga boleh menghasilkan wang?

Tapi trend yang saya lihat sekarang ini ialah ketamakan blogger-blogger yang tumbuh seperti cendawan ini untuk mendapatkan wang dari blog mereka. Saya tak katakan ini benda yang salah. Cuma apabila tujuan anda berblogging ialah untuk mendapatkan wang, percayalah kata-kata saya yang anda tidak akan mendapat apa yang anda harapkan.

Percayalah kata-kata saya yang anda perlu fikirkan tentang duit sebagai perkara yang terakhir. Tak salah letak iklan Nuffnang, Innity dan apa-apa saja iklan di blog anda. Tapi biarkan earning itu bergerak secara automatik. Jangan terlalu memikirkan pasal duit. Fikirkan apa yang anda boleh kontribute untuk memastikan artikel anda berkualiti dan disukai ramai. Bila blog anda sudah ada loyal visitor dan artikel yang dihasilkan kesemuanya bermutu tinggi, saya berani jamin duit blogging akan datang bergolek kepada anda.

Pesanan saya, betulkan niat anda berblogging. Tak salah berblogging untuk mendapatkan wang tapi pastikan itu bukan agenda utama anda. Anggaplah blogging ini sebagai satu kerja. Anda perlu berusaha keras sebelum dapat menuai hasilnya. Renung-renungkan dan selamat beramal ~~~
Sumber dari : http://abangnara.com/jangan-berblogging-hanya-kerana-wang
No comments:
Post a Comment