Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menundukkan musuh tradisi, Lin Dan 22-20, 16-21, 21-17 untuk merangkul kejuaraan kelapannya tahun ini dengan menjuarai kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, sebentar tadi. (2.30 ptg)
P/S: Setelah sekian lama, baru kali ini beliau dapat menumpaskan musuh tradisi Lin Dan.. Sekalung tahniah buat Datuk Lee Chong Wei ! =)
Salam & Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua Blogger NuffNang,
Berita terbaru ini saya kongsikan bersama anda bagaimana terujanya saya apabila diumumkan kemunculan iphone4 yang dinanti-nantikan kerana penduduk Malaysia cepat menjadi pengguna harian internet mobile. Dengan telefon iphone4 yang sudah berada dipasaran Malaysia, maka kadar penggunaan rangkaian web atau internet lebih menjadi pesat, pengguna internet mcm saya akan memanfaatkan peluang dan masa 24/7 yg ada melayari internet ditawarkan oleh Digi sememangnya pilihan yg bijak (Always smarter choice)..pakej serendah rm58/bulan, DiGi beri 200 minit masa berbual percuma, 200 SMS percuma, dan 20 MMS percuma ke semua rangkaian. Banyaknya faedah yg kita dapat..fuyoo =)
iPhone 4 memang menjadi target item saya tahun 2010 ini. Saya sering asyik lihat dari pengguna iphone 3 di dalam tren, di pejabat2 & dimana-mana, semuanya nampak bergaya dan versatile apabila menggunakannya, cara pegang, cara tekan butang, cara melayari dari folder ke folder lain.. berbeza sungguh dengan internet mobile yg lain. Sudah la 'multifunction', dari penggunaan asas seperti panggilan dail telefon, sms, mms, kamera yg begitu jelas dan resolusi yg tinggi, video yg lebih menarik dengan pelbagai editting, muzik tanpa had, simpanan data sehingga 32gb..boleh simpan pelbagai bahan2 dalam iphone4. Hinggalah yang paling penting, internet..hehehehe..tak bukak fb, email, blog, & lain2 sehari, macam dah rasa ketinggalan zaman pulak.
Maka, saya amat berbesar hati dengan adanya iphone4 ditangan saya, saya akan dapat mengoptimumkan penggunaan internet yg berkelajuan tinggi dengan pakej yg disediakan oleh Digi...Doakan saya memenangi iPhone 4.
GREMONT - Detik-detik gembira pada satu pertandingan wajah lucu di Britain bertukar cemas apabila seorang peserta wanita, Anne Woods (gambar) pengsan selepas dia menamatkan persembahannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berusia 62 tahun itu pengsan di luar bilik pertandingan di sini, barat daya England selepas dia diisyitiharkan sebagai juara dunia kategori wanita selepas melakukan persembahan mimik wajah lucu selama empat minit.
Dia dipercayai pengsan akibat keletihan.
Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah hospital berdekatan pada Sabtu lepas dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.
"Saya keluar dari bilik pertandingan untuk mengambil angin dan melihat Woods terbaring di atas lantai," kata seorang peserta lelaki, Tommy Mattinson yang merupakan juara dunia wajah lucu bagi kategori lelaki.
Pertandingan wajah lucu sedunia diadakan sempena Festival Ketam Egremont yang diraikan pada setiap tahun di Britain sejak tahun 1267. - Sumber dari Agensi
Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.
Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.
Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.
Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.
Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.
Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.
Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.
Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.
Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.
Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.
Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.
Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.
Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.
Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.
p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!