POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Tuesday, January 18, 2011

Saya yang patut berubah atau awak yang patut berubah??

 
Kita jarang mendengar kata-kata ini ” Saya telah berubah sikap, tapi kenapa dia masih setia dengan perangai lamanya? “… yang selalu kita dengar mungkin kata-kata ini ” kenapa dia x boleh berubah sikap kalau benar dia menyayangi saya? 

“…Kenapa kita harus mengharapkan sesuatu perubahan dari pasangan kita sedangkan dalam masa yang sama kita tidak mencuba untuk mengubah diri kita sendiri… Adakah kita sedar samada sikap kita sekarang ini memenuhi kehendak hati pasangan? Mungkin ya atau mungkin juga tidak… tapi untuk melayari bahtera kehidupan dalam susana yang harmoni, maka kita perlu berani mencuba untuk berubah dan juga menerima perubahan…
Andai kata perubahan itu tidak menepati kriteria yang kita inginkan, jangan terus meluahkan rasa hati yang tidak enak itu… Tetapi berikan pasangan kita itu signal-signal yang menunjukkan “saya tidak begitu OK dengan perubahan anda… ” kerana terkadang kita tersilap menilai perubahan pasangan kita…

Kita bicarakan tentang 1 situasi yang mungkin pernah atau tidak, terjadi dalam hidup kita::
Situasi A: Pasangan Nor dan Sham (kedua-duanya bukan nama sebenar)
Nor berasakan bahawa beliau telah memberikan kebebasan untuk Sham berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk rakan wanita lain selama mana batas pergaulan mereka itu dijaga tetapi kenapa Sham tidak memberikan ruang kebebasan yang sama kepada dirinya??

Sham pula berasakan beliau telah melakukan yang terbaik dalam perhubungan mereka dengan menjaga pergaulannya dengan tidak sewenang-wenangnya keluar dengan rakan2 wanita beliau. Di sebabkan itu juga beliau mengharapkan Nor agar berubah sikap seperti beliau dengan tidak bersosial dengan rakan lelaki.
Terlampau tinggi kah harapan yang diletakkan pada Nor itu??

Sebenarnya dalam situasi di atas, berlakunya cross-attitude di antara Nor dan Sham. Antara Nor dan Sham, tiada pihak yang salah atau betul secara total. Seharusnya perlu ada timbal-balik dan perbincangan dari hati ke hati antara pasangan. Mungkin tujuan Nor itu murni, tidak mahu kelihatan seperti Queen Control lantas beliau dengan seikhlasnya memberikan kebebasan untuk Sham berkawan, namun dalam situasi ini,
Nor seharusnya juga sedar bahawa dengan berkawan itu, mungkin hati lelaki akan terpaut dengan rakan wanita beliau.

Maka di sini, perubahan itu hanya akan menghadiahkan secebis duka dalam hati Nor.
Soalan: Adakah Nor masih mahukan Sham berubah untuk lebih bersosial?? Jawapannya saya biarkan hati anda yang menjawab.

Oleh itu, dalam sesuatu perhubungan, tidak semua perubahan yang kita harapkan itu membawa kebaikan semata-mata. Kita perlu menilai setiap perubahan yang diinginkan. Selagi sikap kita atau pasangan itu tidak memberikan sebarang impak negatif dalam perhubungan, maka perubahan itu tidaklah menjadi sesuatu yang wajib.
Renung-renungkan, kerana diri anda, hanya anda yang tahu…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails