POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Monday, September 20, 2010

Lagi Peguam Buat Hal. Kali ni...

 

Permohonan Victoria Jayaseelem jadi peguam syarie 25 Nov

20/09/2010 2:52pm

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (Mawip) untuk membatalkan permohonan seorang peguam wanita bukan Muslim untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan pada 25 November ini. 

Pada 19 Mei, Victoria Jayaseele Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar satu keputusan bahawa hanya peguam Muslim dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu dalam kamar setelah menemui peguam Martin, Ranjit Singh dan Sulaiman Abdullah bagi Mawip.

Ranjit Singh memberitahu media bahawa Mawip telah memfailkan permohonan itu untuk membatalkan semakan kehakiman tersebut atas alasan mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mendengar perkara berkenaan.

Dalam permohonan Victoria Jayaseele, beliau juga meminta satu perintah sertiorari untuk membatalkan keputusan tersebut oleh Mawip melalui Jawatankuasa Peguam Syarie kerana penolakan permohonannya untuk diterima sebagai seorang peguam syarie.
Beliau menamakan Mawip sebagai responden. - Bernama

Saturday, September 18, 2010

Pakej design website

MENGAPA BERBELANJA LEBIH JIKA ANDA BOLEH BERJIMAT? Dapatkan laman berkualiti, lengkap dan mudah dengan harga rendah untuk laman peribadi, komuniti atau perniagaan. Bukan itu sahaja, kami beri PERCUMA pendaftaran nama domain dan juga hosting. Kami akan membantu anda membina perniagaan menggunakan internet - online business!

PAKEJ BINA SENDIRI (DIY) - RM300
Pakej mudah, ringkas dan menjimatkan. Sesuai untuk semua peringkat pengguna, termasuk yang tidak memiliki pengetahuan teknikal atau ilmu "webmaster". Tutorial percuma akan disediakan. Kos termasuk:
  • PERCUMA - Pembelian nama domain (.com dan .net sahaja) bernilai RM45.00
  • PERCUMA - Hosting pakej untuk setahun bernilai RM40.0
  • PERCUMA - Khidmat nasihat penggunaan sistem Drupal CMS
  • Instalasi Drupal CMS dengan modul utama termasuk album/galeri dan "contact page".
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

PAKEJ ASAS PERNIAGAAN - RM900Pakej mudah, ringkas dan menjimatkan untuk perniagaan kecil dan sederhana. Sesuai untuk semua peringkat pengguna, termasuk yang tidak memiliki pengetahuan teknikal atau ilmu "webmaster". Pesaing kami biasanya mengenakan caj rekabentuk dan laman untuk 5 mukasurat dengan harga RM500 hingga RM1000 - tanpa hosting! Kami berikan hosting dan "domain" percuma. 10 mukasurat pertama juga tanpa bayaran tambahan. Kos termasuk:
  • PERCUMA - Pembelian nama domain (.com dan .net sahaja) bernilai RM45.00
  • PERCUMA - Hosting pakej untuk setahun bernilai RM90.00
  • PERCUMA - 10 mukasurat pertama. Bahan teks dan kandungan disediakan oleh pelanggan. (Memasukkan halaman tambahan baru pada kadar serendah RM10 semukasurat) Atau anda boleh tambah sendiri - tanpa had.
  • PERCUMA - Khidmat nasihat penggunaan sistem Drupal CMS
  • Adaptasi rekabentuk dan penyesuaian dari beratus tema sedia ada. Sila lihat contoh di sini.
  • Instalasi Drupal CMS dengan modul utama termasuk album/galeri dan "contact page". Tambahan percuma untuk modul seperti Forum, Iklan atau lain-lain modul berkenaan.
  • Struktur menu navigasi utama (Contoh: Home, Products, Services, Price, About, Contact)
  • Khidmat nasihat memulakan perniagaan secara online percuma.
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

PAKEJ KORPORAT - RM1500 Keatas
Pakej khas untuk perniagaan atau komuniti yang kompleks menggunakan Drupal CMS. Terdapat lebih 1000 tajuk dari senarai modul untuk aplikasi laman anda termasuk sistem e-commerce yang lengkap. Kos termasuk:
  • PERCUMA - Pembelian nama domain (.com dan .net sahaja) bernilai RM45.00
  • PERCUMA - Hosting pakej untuk 1 tahun bernilai RM90.00
  • PERCUMA - Instalasi Drupal CMS termasuk modul utama
  • PERCUMA - 30 mukasurat pertama. Bahan teks dan kandungan disediakan oleh pelanggan. (Memasukkan halaman tambahan baru pada kadar serendah RM10 semukasurat) Atau anda boleh tambah sendiri - tanpa had.
  • PERCUMA - Khidmat nasihat penggunaan sistem Drupal CM

  • PERCUMA - Khidmat nasihat dan panduan bagaimana bersaing mendapatkan "ranking" yang baik di enjin carian seperti google dan yahoo.
  • REKABENTUK UNIK: Rekabentuk Khas - Custom Design
  • Contoh: www.suaramalaya.com, www.kohalal.com, www.qasrina.net, www.jahabersa.com.my, www.randuk.com, www.logowaves.com
Sila hubungi saya (sirehijau) berkenaan pakej ini.

Bina pakej website sekelip mata PERCUMA ??

Saya baru sahaja selesai mencuba satu tools yang menarik untuk membuat laman web dan juga blog dengan pantas dan percuma di BlinkWeb.com.
Inilah hasilnya untuk test drive tool tersebut (5 minit jer try..)

percubaan Bina Pakej Website sekelip mata PERCUMA! - Jangan terpedaya
Tools ini boleh mencipta website dalam satu pakej - salesletter, blog dan squueze page dengan design yang sama. Mantap bukan?
Ketika mengguna peralatan ni, saya fikir:
“Inilah evolusi web tools yang akan mengegarkan dunia web design”
dan “senanglah aku macam ni..”
Cewah, bukan main gembira lagi kalau ada tools yang mudah, cepat dan stylo ni dengan hanya percuma…
tapi akhirnya apabila mahu save file tersebut:

kena-tipu

Ceh…kena tipu rupa-rupanya. Kena bayar jugak. Ingatkan betul-betul percuma :D
Anyway kalau anda berminat untuk dapatkan website dengan cepat dan ada modal $$ (untuk client katakan), ia saya kira amat mudah digunakan dan menarik. Cuma kena pastikan koneksi internet lajulah - kalau tak sakit jiwa ;)

http://www.rajablog.info/blog/bina-pakej-website-sekelip-mata-percuma.html

Friday, September 3, 2010

Doa-doa di bulan Ramadhan Kareem

Doa-Doa Di Bulan Ramadhan
"Doa Harian Ramadhan "

Doa Hari Pertama

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari ke-2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!

Doa Hari ke-3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari ke-4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari ke-5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari ke-6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari ke-7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.

Doa Hari ke-8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari ke-9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari ke-10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari ke-11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari ke-12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari ke-13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari ke-14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari ke-15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari ke-17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari ke-18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari ke-19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari ke-20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari ke-21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari ke-22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari ke-23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari ke-24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari ke-25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari ke-26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari ke-27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari ke-28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari ke-29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari ke-30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails