POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Wednesday, July 21, 2010

Kerengga dan Sniop

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdFpcxzQaDPPVoc0qWbIdIX5N_GlLtScFh9CPiCgeuL7Fgz84HIqxMwVyM_6QhY2QFYXzqm53q-22Iprt2KAZGuGeQGZsdgOhGddjh4kxJrkXoitSptT1WIGhM7OIW8iDHbglPETvFBaE/s1600/KERENGGA.jpg
Taken from : En Esa Samad's Blog
ASSALAMU'ALAIKUM....Apa khabar semua? Ha ha mulai hari ini cikgu ingin membahasakan diri sebagai Pak Su ok...itulah gelaran keramat kat sekolah sebenarnya. Ok...Pak Su ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman menghadiri program motivasi baru-baru ini di UNITEN, Bangi, iaitu pada hari Ahad, 16 Mei 2010. Sempena Hari Guru? Ya....

Program itu dikendalikan oleh sebuah badan, Keinshido International, dan antara penceramahnya ialah Aziz Samad, seorang jutawan hasil penglibatannya dalam perniagaan e pendidikan. Antara yang menarik ialah kisah Kerengga dan SNIOP yang harus jadi renungan dan menungan kita andai kita ingin membina dan melakar kejayaan dalam hidup.


KERENGGA - ADA APA DENGAN KERENGGA?

Kerengga adalah sejenis serangga yang disifatkan sebagai makhluk 'tidak bersyukur.' Apabila kita menanam pokok rambutan misalnya, sikerengga akan menumpang berteduh dan tinggal di atas pokok. Kita sebagai tuan pokok membiarkan sahaja. Apabila pokok berbuah, sikerengga ini akan bersarang di dedaunan kekadang betul-betul dekat dengan buah rambutan. Pun masih kita biarkan.

Apabila kita hendak memetik buah rambutan, sikerengga yang 'nakal' ini akan mengerumuni buah-buahan itu lalu menggigit tangan kita...tangan yang membiarkan mereka bermaharajalela tinggal dan membuat sarang.

Perumpamaan ini diberikan oleh En Aziz terhadap manusia yang suka bersikap negatif terhadap orang lain yang ingin menerokai kejayaan. Mereka cukup pantang melihat insan lain mengecapi kecemerlangan biarpun insan-insan itu sahabat-sahabat mereka. Mereka akan memerli, mengeji, menidakkan, mempertikai dan sebagainya. Sepatutnya sebagai sahabat mereka menggalakkan dan memberi sokongan padu.

SNIOP - SYNDROME NEGATIVE INFLUENCE OTHER PEOPLE


Ada pula sejenis spesies manusia yang suka sangat berkata tidak, mustahil, tak mungkin, tak boleh, gila punya kerja terhadap apapun usaha-usaha yang dilakukan oleh orang lain. Kalau kerengga melakukannya kerana dengki, SNIOP melakukannya dengan menyerang peribadi orang itu sendiri. Misalnya;

- Mana boleh kau nak buat bisnes macam ni?
- Kau tak layaklah nak ambil course macam tu...susah tahu...
- Dah ramai orang gagal, kau saja yang gila nak ambil bidang tu...


INSAN YANG BERJAYA

Insan yang berjaya adalah insan yang berjaya menangani kerengga dan SNIOP. Ini kerana kerengga dan SNIOP akan menghormati kita seandainya kita berjaya dalam sesuatu bidang. Insan gagal adalah insan yang mudah tumbang selepas digigit kerengga atau diserang SNIOP.

PILIHAN KITA...HENDAK BERJAYA ATAU GAGAL...NAK KE TAK NAK?

Dr HM Tuah, sahabat Pak Su pernah menulis buku "Nak Ke Tak Nak?" Jadi kecemerlangan, kesederhanaan, kegagalan adalah pilihan kita. Apabila Pak Su di bawah payung PIBG menganjurkan program Bijak Belajar, Sentuhan Ibu Bapa Cemerlang Bersama Dr Shukri pada hari Ahad depan, 30 Mei, hanya 57 orang pelajar SUBEST daripada 1350 pelajar yang mahu hadir. Yang lain...tak nak kerana:

- Cuti panjang, Pak Su
- Nak melancong, Pak Su
- Ada kenduri kahwin, Pak Su

Tak apalah...itu pilihan anda. Anda yang menentukan masa depan dan insyallah Allah memakbulkan. Alhamdulillah kami mendapat sambutan luar biasa hebat daripada SK Subang Bestari dan SK Subang Perdana nanti yang turut diundang menyertai program. Disebabkan sikap kita yang sukar memilih jalan positif dalam hidup, mengikut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, daripada 100 orang manusia yang dipanjangkan usia sehingga 65 tahun:

54 orang berada dalam KEMISKINAN
36 orang telah MENINGGAL DUNIA
5 orang TERPAKSA BEKERJA
4 orang MEMILIKI SUMBER KEWANGAN YANG STABIL
1 orang KAYA RAYA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails