POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Thursday, April 22, 2010

Ori atau AP

Sekarang di Malaysia semua sudah mampu untuk memakai telefon bimbit.Ada juga yang memakai lebih dari sebuah telefon bimbit.Gejala ini membawa kepada kemasukkan banyak telefon telefon bimbit yang tidak sah dari luar negara.Disini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai Pengedar Sah dan Juga AP.:

Pengedar Sah Dan AP.Apa bende tu?
Apakah perbezaan di antara set pengedar sah dan set AP? Pada dasarnya semua telefon bimbit dikeluarkan oleh pengilang jenama masing-masing. Perbezaan antara pengedar sah dengan set AP adalah:


SE C903   
Set Pengilang Sah

1. Diedarkan oleh pengedar yang dibenarkan oleh pengilang.
2. Pengilang bertanggungjawab ke atas semua waranti telefon bimbit. Waranti diberikan oleh pengilang dan bukannya oleh Pengedar Sah.
3. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di semua cawangan perkhidmatan berdaftar dalam masa waranti.
4. Peningkatan perisian dari masa ke masa dalam masa waranti. Ini adalah penting untuk telefon bimbit terutamanya 3G.
5. Waranti termasuk LCD kecuali kerosakan yang disebabkan oleh jatuh dan air.
6. Jangka masa waranti yang lebih panjang bagi aksesori.


Set AP
1. Kebanyakan telefon bimbit AP diimport masuk dari negara di luar Asia. Oleh itu, sistem kendaliannya adalah berbeza daripada sistem kendalian tempatan seperti Maxis, Celcom (perkhidmatan 3G) dan Digi (perkhidmatan EDGE). Oleh itu, pelanggan akan menghadapi masalah seperti pemutusan panggilan secara tiba-tiba serta ketidakstabilan perkhidmatan 3G.
2. Waranti ditawarkan oleh pusat perkhidmatan tempatan yang biasanya ialah penjual sendiri. Ini bermakna, pelanggan hanya boleh mendapatkan warantinya di kedai yang terpilih sahaja.
3. Kebanyakan penjual tidak berkemampuan untuk melakukan peningkatan perisian kerana tiadanya peralatan.                                                                                               
4. Kebanyakan waranti bagi set AP tidak termasuk LCD dan aksesori.
5. Pengedar AP kebiasaannya menolak perkhidmatan pembaikan dengan memberikan alasan berikut:
1. “Pengedar AP menukar nama syarikat dan mengatakan syarikat yang memberikan waranti telah ditutup.”
2. “Minta maaf, telefon bimbit anda rosak disebabkan jatuh atau dimasuki air.”


APAKAH KEBAIKAN MEMBELI DARI PENGEDAR SAH?
1. Telefon bimbit yang dibeli daripada Pengilang Sah boleh mendapat perkhidmatan di semua pusat servis berdaftar.
2. Waranti bagi telefon bimbit dan LCD adalah 1 tahun manakala bateri dan pengecas adalah 6 bulan.
3. Peralatan tulen digunakan semasa pembaikan.

SE Yari

APAKAH RISIKO JIKA MEMBELI AP?
1. Waranti yang terhad (Waranti bagi telefon bimbit adalah 1 tahun dan aksesori seperti bateri dan pengecas adalah 1 bulan tetapi tidak termasuk LCD).
2. Perlu membawa telefon bimbit balik ke tempat anda membeli untuk servis.
3. Kemungkinan besar ialah set rekon (set rekon ialah telefon bimbit terpakai yang diimport dari luar negara di mana ia diperbaiki semula dengan penukaran aksesori luar dan dijual sebagai set AP dengan waranti 1 tahun).


BAGAIMANA MEMBEZAKAN ANTARA SET PENGILANG SAH DENGAN  AP?                                                                                                                                           SE W705
1. Set Pengilang Sah mempunyai pelekat pengedar sah dan selalunya berbeza dengan yang lain
2. Senarai Set Pengilang Sah adalah seperti berikut:


Jenama
Pengedar Sah
Talian Khidmat Pelanggan
Motorola
Brightstar, MDM, Samart
1 800 80 6008
Nokia
Avaxx, Samart, Zitron
1 300 88 1600
Sony Ericsson
Midlands, T-Choice, Thorus
1 800 88 9900
Samsung
First Mobile Group (FMG)
1 800 88 9999
O2
Exquisite Model
1 800 80 6127
Dopod
SIS
03 5569 8878

 Nokian 97 mini

2 comments:

  1. Handphone saya, Nokia 2350 Kunang ni ori tau. Bukan AP. Baru setahun 4 bulan pakai. Masih hensem lagi :D

    ReplyDelete
  2. Ala, encik kunang nye bukan ade cap bahase siam lg..ntah2 made in thailand..kob kun kab

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails