POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Wednesday, March 24, 2010

Utusan - Jalur lebar jadi ungkapan popular selepas NBI


Jalur lebar jadi ungkapan popular selepas NBI

KUALA LUMPUR 23 Mac - "Jalur lebar" bakal menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia apabila Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dilaksanakan sepenuhnya.
Menerusi slogan nama "Jalur Lebar Untuk Semua", Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), yang menerajui inisiatif berani itu, akan memastikan semua rakyat Malaysia, sama ada di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Pada taklimat khas untuk para editor Bernama mengenai Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan baru-baru ini, Pengerusi MCMC Tan Sri Khalid Ramli berkata, NBI bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan melangkah ke ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Kami mahu meluaskan usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada orang ramai, termasuk mereka yang tinggal di kampung," katanya.
Menerusi inisiatif itu, Suruhanjaya, yang diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, menetapkan sasaran perkhidmatan jalur lebar menembusi 50 peratus atau bersamaan 3.2 juta rumah menjelang 2010. Ia akan menyumbang satu peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan 135,000 peluang pekerjaan baharu tahun ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails