POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Tuesday, January 19, 2010

myMetro | Jalur lebar Maxis lebih pantas

myMetro | Jalur lebar Maxis lebih pantas


KUALA LUMPUR: Maxis Berhad kini menumpukan untuk meningkatkan keupayaan tapak rangkaian Capaian Paket Berkelajuan Tinggi+ (HSPA+) di beberapa kawasan terpilih di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang mengikut fasa mulai Disember 2009 hingga 2011.

Dalam tempoh itu juga, tumpuannya adalah untuk menambah baik pengalaman pelanggan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna awal ketika tempoh percubaan HSPA+.

Dengan HSPA+, rangkaian jalur lebar tanpa wayar Maxis mampu menyokong kadar kelajuan maksimum sehingga 21Mbps, walaupun pada peringkat ini pengguna hanya boleh mendapat kelajuan antara 10 hingga 15Mbps dalam persekitaran ruang liputan yang baik.

Naib Presiden dan Ketua rangkaian dan teknologi Maxis, Mark Dioguardi, Maxis sentiasa komited memperkayakan gaya hidup pelanggan menerusi teknologi paling maju dan inovatif.

Ditanya mengenai kawasan liputan HSPA+, bagaimanapun Maxis mengatakan kawasan liputan terbabit hanya akan diumumkan kemudian dan pada peringkat ini juga Maxis tidak dapat mengulas lanjut mengenai butiran penambahbaikan rangkaian HSPA+.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu, rangkaian itu dibina berasaskan kepada teknik modulasi radio baru dikenali sebagai 64QAM.
"Untuk menikmati pengalaman sebenar HSPA+ apabila ia mula dikomersialkan nanti, pengguna perlu menggunakan modem baru yang direka khusus untuk teknologi berkenaan," kata Dioguardi.

Dioguardi berkata, keupayaan HSPA+ dijangka dapat memenuhi permintaan masyarakat Malaysia terhadap kelajuan tinggi dalam mencapai data Internet dari mana saja, sekali gus menjadikan penelurusan Internet, penyaluran video, memindah turun dan naik data-data beresolusi tinggi itu sesuatu yang memuaskan mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails