POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Tuesday, November 10, 2009

Defisit PTPTN RM48 bilion 2020

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
dijangka menanggung defisit berjumlah RM48 bilion pada 2020 sekiranya
peminjam masih berdegil untuk membuat pembayaran balik pinjaman.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, kerajaan
bimbang masalah tersebut akan menyebabkan bakal peminjam mengalami kesukaran
untuk membuat pinjaman pada masa akan datang.

Sehubungan itu kata beliau, kementerian amat berharap para peminjam lebih
bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman masing-masing bagi membantu
pelajar baru.

‘‘Kerajaan memang prihatin tetapi kita tidak sewenang-wenangnya memberikan
pinjaman itu dijadikan seperti biasiswa.

‘‘Kita harus ingat bahawa PTPTN merupakan tabung pinjaman untuk pelajar
sahaja,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-
Pasir Mas) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ibrahim dalam soalannya menyatakan jumlah hutang PTPTN yang tertunggak kini
tidak menjadi masalah besar kepada kerajaan berikutan kerajaan mempunyai
pendapatan lain, justeru beliau mencadangkan supaya jumlah tunggakan itu di
hapuskan.

Terdahulu, Kok Chung menjawab soalan lisan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua
Musang) yang ingin tahu jumlah sebenar tunggakan PTPTN dan apakah perancangan
kerajaan dalam membantu siswazah yang tidak berpeluang menerima pinjaman bagi
meneruskan pengajian.

Beliau berkata, sehingga 30 September 2009, jumlah yang sepatutnya dibayar
balik oleh peminjam kepada tabung ialah RM3.235 bilion melibatkan kira-kira
780,000 pinjaman yang telah diluluskan.


Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM346 juta yang dibuat oleh
peminjam telah diberi penangguhan bayaran balik manakala sejumlah RM1.535
bilion masih belum dibayar balik.

‘‘Golongan yang enggan dan belum membayar balik ini terdiri daripada mereka yang
 langsung tidak memberi maklum balas kepada pihak PTPTN,” ujar beliau.-Utusan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails