POWER IMPIAN

Jana Pendapatan Sekarang!

Friday, February 27, 2009

Slumdog Millionaire

Takdir Rubina dan Azharuddin
Menonton Slumdog Millionaire, sesiapa sahaja pasti terkesan dengan kehidupan penuh daif Salim, Jamal dan Latika. Dua daripada pemegang watak itu sememangnya kanak-kanak miskin di negara asal mereka, India.


ORANG ramai mengerumuni Rubina yang gambarnya sedang dirakamkan di kampungnya
di Mumbai


AZHARUDDIN berehat di gubuknya di kawasan setinggan di Mumbai sebelum berlepas ke Los Angeles untuk menghadiri majlis Anugerah Oscar.


AZHARUDDIN berdiri di tepi gubuk keluarganya yang berlantaikan tanah dan beralas tikar
di Mumbai.




BERDIRI di hadapan dari kiri, Azharuddin dan Rubina kini menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon filem

Friday, February 13, 2009

SOLAT JAMAK

petikan dari zakat selangor website
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim Solat Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib.Syarat Jamak Takdim :
i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.Syarat Jamak Takhir :
i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.


SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :


  • Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
  • Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
  • Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
  • Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
  • Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
  • Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
  • Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
  1. Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
  2. Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar
-----------
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :

i. Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala


Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala


ii. Solat Maghrib dan Isya'
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala


Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala


--------


Niat Jama' Takhir dan Qasar:



i. Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala


ii. Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.


Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails